Terima Kasih Al-Azhar !



Dalam kederasan air sungai yang mengalir,kelihatan beberapa sosok tubuh kecil sedang berhempas pulas melawan arus deras tersebut.Perlawanan mereka seolah-olah tiada penghujungnya dan sangat mustahil untuk diharungi,namun mereka terus gigih dan tabah menghadapi arus deras yang seolah-olah tiada langsung sifat belas kasihan pada mereka yang kecil dan lemah.Kadang kala,mereka terhanyut di bawa arus,namun kembali tersedar dan bangkit menuju matlamat mereka yang satu,demi survival diri dan keturunan mereka.

Mereka ini tidak pernah berhenti.Kerana mereka yakin akan ganjaran yang bakal ditemuinya dipuncak kelak.
Mereka ini terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan,atau mati syahid dipertengahan jalan.

SUARA : Pemuda,Pemimpin itu...





Pemuda itu,
memeluk Islam ketika umurnya 27 tahun,6 tahun selepas kenabian.
KeIslamannya disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh penghuni langit.
Dan penuh kesyukuran oleh Umat Islam di Makkah.