Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Terima Kasih Al-Azhar !
Mereka ini tidak pernah berhenti.Kerana mereka yakin akan ganjaran yang bakal ditemuinya dipuncak kelak.
Mereka ini terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan,atau mati syahid dipertengahan jalan.
Itu survival kehidupan ikan Salmon yang saya tonton di rancangan
'National Geographic' ketika musim imtihan tahun lepas.
Kagum seketika,namun tidaklah banyak pengajaran yang saya peroleh dari kehidupan mereka ketika itu.
Namun,perjalanan di atas muka bumi Allah menemukan saya dengan pelbagai peristiwa dan pengajaran dari kisah mereka,yang harus rasanya saya kongsikan dengan mereka disekeliling saya.
Moga-moga ada manfaatnya.
1.Tahu matlamat hidup.Tahu apa yang dikejar,dicari dan diimpikan.Jelas cara dan halangan-halangan yang bakal ditempuh.Itu semua akan membantu kita untuk terus teguh di atas jalan yang panjang ini.Seolah-olah seperti perjalanan dari Mesir ke Malaysia.Jauh,payah,mahal,meletihkan dan membosankan.Namun,memikirkan muka keluarga tersayang yang menanti di sana,makanan Malaysia yang enak-enak dan suasana kampung yang aman damai,tiba-tiba jadi bersemangat untuk menempuh 12jam di atas flight yang membosankan dan sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang tinggi.
Jadi,ketahuilah perkara yang kita kejar di dunia adalah Redha Illahi,matlamat dan impian kita adalah Syurga Allah yang tertinggi dan bayaran yang perlu kita bayar untuk Redha dan Syurga Allah ialah Nafsu Diri.
2.Hidup itu ujian.Ujian Allah itulah kehidupan.Untuk menguji,siapa dalam kalangan kita yang lebih baik amalannya (Al-Mulk: 2) ,lebih cekal hatinya,lebih teguh imannya,lebih gagah jasadnya.Kerana itu,bersabarlah dengan ujian-ujian tapisan Allah tersebut,kerana kelak tiada lagi ujian setibanya kita di dalam nikmat kekal-NYA kelak.
3.Sentiasa sahaja Allah memberikan dua pilihan pada manusia ; Ikut ajakan nafsu,atau Ikut suruhan Yang Satu.
Beruntunglah mereka yang memilih jalan kesusahan unutk kesenangan abadi dan rugilah mereka yang hanyut dengan kesenangan yang menipu dan sementara.
4.Luar biasa sekiranya seorang manusia itu mampu tetap dan teguh sepanjang masa dikala 'ujian arus' menimpa mereka.Kadang kala terhanyut,lalu terhantuk di batu,tersedar kembali.Aturkan kembali langkah,dan teruskan perjalanan yang beribu batu menanti.Pokoknya,nak kejar Syurga Allah dan nak dapat nikmat kekal abadi,jangan pernah kenal henti !
5. Islam itu datang dalam keadaan yang asing.Pengikutnya akan sentiasa dipandang asing dari pelbagai sudut (pakaian,watak,penampilan,pemikiran) berbanding orang lain.Seolah-olah mereka adalah golongan ketinggalan,tidak mengikut arus perdana dan kolot.Buat yang berusaha untuk menjadi asing,Rasulullah telah pun merakamkan kegembiraan dan tahniah baginda pada kita di dalam hadis yang sama : "..maka berbahagialah bagi mereka yang asing" (Hadis Riwayat Muslim).
Cukuplah Allah dan Rasul bagi kita.
6. Mahu menjadi seorang yang Rasulullah gelarnya sebagai asing,tetapi hanya berseorangan bukanlah suatu tindakan yang bijak.Carilah rakan-rakan,pertubuhan-pertubuhan,gerakan-gerakan yang sama matlamat seperti yang kita fahami untuk dijadikan teman susah senang bersama.Adakala kita terhanyut,dia yang menghulurkan tangan menarik kita kembali ke pangkuan jalan dan begitulah sebaliknya bila berlaku pada dia,kita pula yang menghulurkan jalan keselamatan.
Terima Kasih Al-Azhar kerana mengajar erti kehidupan !
Wallahu'alam.
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |