Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
SUARA : Pemuda,Pemimpin itu...Pemuda itu, memeluk Islam ketika umurnya 27 tahun,6 tahun selepas kenabian. KeIslamannya disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh penghuni langit. Dan penuh kesyukuran oleh Umat Islam di Makkah. Pernah suatu hari setelah keIslamannya,beliau bertanya kepada Rasullah : "Tidakkah kita di atas kebenaran,Ya Rasulallah?" Rasulullah menjawab : "Bahkan" Beliau bertanya lagi : "Jadi,mengapakah kita beribadah secara bersembunyi?" Kemudian,beliau mengumpulkan umat Islam dan membahagikan mereka kepada dua saff.Saff pertama diketuai oleh Saidina Hamzah dan saff kedua diketuai oleh beliau sendiri.Kedua-dua saff tersebut melangkah seiringan untuk memasuki Masjidil Haram dan menunaikan ibadah di sisi Kaabah. Itulah kali pertama umat Islam menunaikan solat secara terang-terangan di sisi Kaabah,dan aman tanpa gangguan dari golongan kafir Quraisy ! Pemimpin itu, pada suatu hari,berjalan memantau keadaan rakyatnya dengan menyamar sebagai rakyat biasa.Tiba-tiba beliau terserempak dengan seorang ibu tua yang sedang memasak periuk yang tidak berisi apa-apa melainkan air.Disekelilingnya,ada kanak-kanak yang sedang menangis.Beliau datang kepada ibu tua tersebut,lalu bertanya : "Wahai ibuku,mengapakah kanak-kanak ini menangis?" Ibu tua tersebut menjawab : "Mereka menangis kerana kelaparan". Beliau bertanya lagi : "Jadi,untuk apakah periuk ini?" Ibu tua tersebut menjawab : "Periuk ini tidak ada makanan,melainkan hanya air.Aku berbuat demikian untuk membiarkan mereka menyangka bahawa aku sedang memasak dan mereka akan berhenti menangis." "Tidakkah khalifah tahu tentang ini?",tanya beliau lagi. Ibu tua tersebut pantas menjawab : "Untuk apakah dia menjadi khalifah kepada kami sekiranya dia tidak tahu tentang ini." Beliau bergegas pergi ke Baitul Mal dan mendapatkan beberapa keperluan dan bantuan untuk diberikan kepada ibu tua tersebut. Pemimpin itu, pernah suatu hari,sampai kepadanya berita tentang anaknya telah meminum arak.Lalu diarahkan 3Amru Al-3as untuk pergi melaksanakan hukuman terhadap anaknya. 3Amru Al-3as berasa tidak selesa apabila diarahkan untuk menghukum anak khalifah.Lalu dia melaksanakan hukuman tersebut di dalam rumahnya sahaja,sedangkan hukuman tersebut seharusnya dilaksanakan dikhalayak ramai. Perbuatan tersebut akhirnya diketahui oleh beliau dan beliau menghantar surat kepada 3Amru yang berbunyi : "Engkau telah melaksanakan hukuman terhadap anakku di dalam rumahmu,sedangkan kau tahu itu bertentangan dengan apa yang aku harapkan (keadilan,sama seperti orang lain).Anakku juga adalah salah seorang rakyat di bawah tanggung jawabku dan kamu beralasan dengan mengatakan da adalah anak khalifah.Sedangkan kamu tahu aku tidak akan sesekali berkrompomi dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah !" Suatu malam,pemimpin itu membaca surah At-Thur.Ketika tiba pada ayat yang bermaksud. 'Sesungguhnya azab Tuhanmu benar-benar akan terjadi",beliau secara tiba-tiba menangis.Menangis kerana takutkan azab Allah yang akan datang padanya nanti. Menjelangnya saat-saat kembalinya ke pangkuan Illahi,beliau mendekatkan pipinya ke tanah dan berkata " Semoga Allah merahmatiku.Alangkah malangnya jika Allah tidak mengampuniku."Kata-kata ini dilang sebanyak tiga kali sebelum beliau meninggal dunia pada tahun ke 23 Hijrah.
Pemimpin itu juga telah berjaya membebaskan Al-Quds dari kuasa orang kafir.
Pemimpin itu juga telah berjaya melakukan pembaharuan dalam struktur pentadbiran.
Pemimpin itu juga telah berjaya meluaskan empayar Islam ke serata dunia.
*****
Pemimpin itu,pemuda itu,tidak saya nampak ciri-cirinya pada hari ini.
Pemimpin yang adil.Pemimpin yang berani dan tegas melaksanakan amanah.Pemimpin yang lemah di hadapan Allah.Pemimpin yang mentadbir urusan negara dan rakyat dengan pandangan akhirat.Pemimpin yang melambangkan sebuah Al-Quran.
Pemimpin itu,pemuda itu,tidak saya nampak cara lain untuk memperolehnya.
Melainkan kita,generasi pemuda pada hari ini berusaha untuk mengikut jalan Generasi Al-Quran yang pertama itu (generasi para sahabat).
Mereka mentarbiyyah diri mereka dan merelakan diri untuk ditarbiyyah.
Memperbaiki diri.Memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.Melaksanakan kefahaman dalam kehidupan harian dan sampaikan kepada yang lain.
Menjadi Rijal Soleh yang bakal memimpin armada Islam kelak.
Seperti Al-Banna.
Seperti Al-Maududi
Seperti Solahuddin Al-Ayubi
Seperti Umar Al-Khattab
Jika wujud Rijal Soleh,muncul darinya segala sebab kejayaan.
(Al-Banna)
Tapi,jika kita sibuk dengan update status facebook lebih dari update status ilmu Quran,lebih sibuk baca status facebook kawan dari baca Kalam Agung dari Tuhan,bagaimana ?!
Oh ya,pemuda dan pemimpin itu ialah Saidina Umar Al-Khattab R.A (SUARA),Khilafah Ar-Rashid ke-2.
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |