Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Cuti
Saya mengembara minggu ini..bersama keluarga..
Biasalah,ke Port Dickson. Macam biasa juga-lah,kolam dan pantai jadi tarikan utamanya. Tapi,mugkin berbeza sedikit suasananya,sebab musim cuti sekolah..barangkali. Saya jadi teringat peristiwa pagi tadi. Kami sekeluarga bangun awal,ada aktiviti sendiri. Selepas solat subuh,kami turun ke 'court' futsal di tingkat 2. Sekejap je bermain,dalam setengah jam (mungkin tak sampai).Kemudian,bergerak ke kolam. Nak mandi cadangnya. Tapi ditegur oleh 'guard' bertugas. "Bang,baju tanggal ye".. Saya hanya mampu tersenyum. Adik saudara saya yang dah separuh kaki berada di dalam kolam,lantas naik semula ke tebing.Sambil tersengih. Kami jadi teragak-agak,nak masuk ke tak nak. Bukan tak boleh bukak,boleh je. Tapi,zaman kecik-kecik dulu,boleh-lah kut. Akhirnya,kami bercadang untuk tidak masuk. Lama juga-lah kami duduk di situ,hampir setengah jam. Saya kemudian beredar untuk bersarapan. Sedang bersarapan,saudara mara saya yang lain muncul. "tak boleh masuk kolam kalau pakai baju' "ala,masuk je la masa dia tak ada" Saya tersenyum. Habis bersarapan,bergerak kembali ke kolam. Boleh je masuk,'guard' tak ada,tapi saya sengaja tangguh. Lebih selesa untuk memerhati gelagat-gelagat mereka dan tetamu-tetamu lain. Lelaki perempuan bercampur,biasa-lah. Tiba-tiba,seorang perempuan atau lebih tepatnya,budak datang menghampiri saya. Perempuan! Duduk berdekatan dengan saya. Sengaja memandangnya,tapi kemudian dia membalas dan senyum.(Siap angkat kening lagi) Saya diam,lantas pandang ke tempat lain. Terasa agaknya,terus beredar. Saya tidak memikirkan sangat tentang peristiwa tu,hinggalah dia cuba menegur saya buat kali kedua.Ketika itu,saya sedang mencapai bola,untuk dibaling pada saudara saya. "Abang,baling kuat-kuat sikit" Sengaja tidak mahu layan,saya menoleh ke tempat lain. Biar dia fikir saya sombong,memang dah caranya tak betul. Kemudian,dia tegur pula saudara saya,tanya nama. Mulanya,saudara saya itu teragak-agak.Tapi akhirnya,dia membalas juga. "Baru tingkatan 2 budak tu",beritahu saudara saya tu. Tergelak saya memikirkan telatahnya. Masih muda dan mentah,tapi dah 'pandai'. Moga Allah beri hidayah padanya. Saya nak tunggu esok,nak tengok telatahnya pada esok hari pula. Di hari yang sama,waktu,tempat dan saat yang sama. Isu baju tadi. Akhirnya,'guard' tersebut melihat ketegasan kami,akhirnya membenarkan kami untuk mandi berbaju! Walaupun sebelum-sebelum ini,kami ada juga curi-curi masuk kolam ketika dia tiada. Biasa-lah,remaja. Tapi,tuntasnya,jika kita ada pendirian,dan pendirian itu memang baik dan berbaloi untuk dipertahankan,pertahankan sehabis mampu. Jangan hanya sebab yang begitu remeh,prinsip kita diabaikan,di beri kelonggaran. Cukup-lah untuk malam ini. Penat hari ini tak hilang lagi,tambahan nyamuk yang sangat banyak di lobi ni. Berkorban untuk post ni. Moga ada yang mengambil pengajaran. Kalau saya berkemampuan lagi untuk menulis,nantikan-lah esok,lusa atau tulat. Kembara percutian saya ini masih panjang. koreksi diri
Coretan hari mingguLenguh-lenguh badannya hari ni. Tapi,itu tak terasa sangat baginya. Dia punya sahabat baru hari ni..Sahabat-sahabat,lagi tepat! ****** Pagi itu,dia bangun awal.Ada temu janji.. Entah macam mana,lepas subuh,terlelap semula..Keletihan,tidur lewat semalam. Sedar-sedar,jam hampir pukul 8.00pagi..Sedang temu janjinya pukul 8.15 pagi.. Aduh! Mahu saja dia 'pukul' dirinya..Orang yang beriman tak patut ingkar janji! Bergegas die ke bilik air,mandi dan bersiap diri. Capai kasut dan stokin,terus meluru ke kereta. Target: UIAM Gombak. Suhaib sudah lama menunggu.Dia gerak dulu,sms nya..Dah sampai,beritahu dia.. Hati kecilnya betul-betul menyesal..Segera mahu memohon maaf bila berjumpa nanti. Dia tiba di UIAM dalam jam 8.45 pagi.Huh!Lewat sungguh! Segera dia 'sms' Suhaib.5minit kemudian,Suhaib tiba dengan beberapa orang rakannya. Terpancar senyumannya dari dalam kereta,tidak ada langung tanda-tanda kemarahan! Lega sedikit hatinya...Tak marah.. "Ok,yang baru sampai,'warm-up'..Pusing padang satu 'round'.." Dia terasa ganjal pusing padang berseorangan,hinggalah dia terserempak dengan kawan lamanya,di pusat pengajian dulu.. Alhamdulillah,Selamat! "Kita mula main sekarang".. Ini-lah janji temunya hari ini..Riadhah..bersama-sama bakal rakan-rakan yang dia sendiri tak kenal.. Ada yang tua,yang muda pun ada..Sebaya adiknya,tingkatan dua. Nak berkenalan,tak sempat pula..dah mula bermain..(siapa suruh datang lewat!) Sedang bermain,'partner' nya dalam posisi bola datang mendekat.. Memberi salam lantas bertanya nama..Takut panggil nama yang bukan-bukan,katanya.. Allah!..Mulia sungguh hatinya.. Terasa seronok bermain dengan mereka,walaupun tak pernah kenal. Selesai bermain,ada 'warming-down' sikit..Abang-abang yang 'conduct'.. Penuh gelak ketawa! selesai...Ada juga pengisian sedikit,tazkirah.. Masa tu-lah dia berkesempatan untuk berkenalan dengan 'rakan-rakannya'. Mesra..macam dah lama kenal.. Indahnya ukhwah bila segala-galanya kerana Allah! Dalam kereta,dia termenung sebentar.. Disebalik kebahagian yang dirasa hari ini,hatinya tiba-tiba bertanya.. Mana nak cari umat-umat Islam yang seperti ini? Umat-umat yang seperti zaman nabi. Bukan hanya kuat pada pegangan agama,menyebarkan risalah.Tapi juga pada jasmani. Memang ada,tapi jumlahnya? Sudah berkurangan.. Yang berpangkat 'ustaz-ustaz',yang muda-muda khususnya,kebanyakannya lebih gemar duduk di masjid,memberi ceramah dan tazkirah.Jarang ada yang turut sama bermain bola dan bersukan bersama remaja-remaja. Yang remaja,sesetengahnya memang 'fit' badannya..Tapi,solatnya entah ke mana.Pergaulannya tak dijaga. Di mana peranan dia,sebagai seorang muslim yang memahami erti kehidupan? Masanya untuk dia bermuhasabah.. Bukan hanya memikirkan soal 'selamat sendiri-sendiri'. Ya!Langkahnya perlu dirombak.. Bismillah..Terus jalan.. Ceria...!Ceria - Alarm Me Pabila ku teringat saat kita bersama Pelbagai kenangan nan indah menjelma Kisah suka dan duka Kita harungi semua Mengajar kita erti dewasa Ketika ku berduka Kaulah penawarnya Saat ku perlukanmu kau hulurkan Bantuan tanpa dipinta Pelangi di awan tinggi Hujan turun membasahi bumi Bias cahaynya warna-warna ceria Mulakan hidup gembira Usahlah kau berduka Hilangkan keresahan di jiwa Lupakan kisah yang lalu Kita bina hidup baru Hadirlah ketenangan di kalbu (ringkas je lirik nya..tapi bermakna buat mereka yang mahu berfikir)
Would you jump into the Hell?
**************** Inilah dia artikel yang saya terbaca hari ini..dari laman web Friendster,bahagian bulletin board (http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=106365455&uid=19268070).. Aduhai remaja..berbeza pula dengan artikel dari bulletin board yang sama..tapi di link kan dengan satu blog..http://saidinaali.blogspot.com/ ... mungkin di akhir kalam2 tersebut (yang di atas sekali) perlu diingatkan dan ditambah beberapa perkataan.. "you jump into the HELL (an-Narr-Neraka) when she tell you to do so,even you don't want to" rasanya,ada yang nak buat tak? Kembara singkat
Di suatu masjid,lebih kurang jam 12.30 tghari.
"Assalamu'alaikum,pakcik..Pakcik AJK masjid ke?" "Wa'alaikumussalam..Bukan,nak..kenapa?" "Saya nak minta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid,untuk tampal poster/iklan program untuk remaja..Mana boleh saya cari AJK masjid?" "Ohh..pakcik ada kenal..Kejap ye,pakcik bawa kan kamu pada dia" "Assalamu'alaikum,pakcik..pakcik AJK masjid?" "Wa'alaikumussalam,ye..Ada apa?" "Saya nak mohon kebenaran pakcik untuk tampal iklan program untuk remaja di papan kenyataan masjid..boleh?" "Boleh..tapi,program apa?" "program untuk budak2 lepasan SPM,Kem Lepasan SPM 2008..anjuran Persatuan Belia Islam Nasional" "Owh!Belia Islam..boleh2..silakan..bila program tu? "26-28 disember ni..sini ramai remaja?" "boleh la tahan..insyaAllah ramai akan 'join'..belia Islam ye..(sambil melihat pada logo PEMBINA).. "ye,pakcik..ok,pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih banyak ye pakcik..Assalamua'alaikum.. "yelah..sama2..wa'alaikumussalam.." saya melangkah sambil bertawakkal,moga ramai adik-adik yang akan turut serta.. ********* Dialog yang hampir sama di 10 masjid yang saya kunjungi. Ya! pakcik-pakcik ini tampak bersemangat dan menyokong tatkala nama BELIA ISLAM diutarakan.Mungkin kerana mereka sedar remaja kini memerlukan bimbingan yang sepatutnya..atau mungkin juga terkejut+bersemangat kerana tidak menyangka masih ada lagi kumpulan remaja atau remaja-remaja yang berkesedaran dan mahu membimbing rakan-rakan mereka kembali ke Jalan Lurus.. Who knows?..Allahu a'lam.. "Setiap kebangkitan atau kejayaan sesebuah bangsa itu ada pasaknya.Dan setiap pasak/asas itu ada senjata rahsianya.dan Remaja atau Pemuda adalah senjata rahsia tersebut".. lebih kurang begitulah tulisan ustaz Hasan al-Banna.. Relevan? erm..cukup relevan rasanya..(ada yang rasa tidak?).. ringkasannya : 1)senjata rosak = pemuda rosak/tersasar = bangsa binasa 2)senjata mantap = pemuda beriman* = bangsa berjaya! *pengaruh iman dalam diri seseorang cukup hebat untuk memusnahkan angkatan tentera Amerika sekarang;fikiran,tubuh badan;rohani,jasmani;akademik,ko-kurikulum Wahai angkatan pemuda, Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):
Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal. Tetapi yang kelihatan kuat dan bersemangatnya adalah si tua.. mana pergi si muda??musim cuti sekolah-kan..itulah sebabnya saya kurang gemar untuk ke Midvalley,KLCC,Times Square dan sebagainya,terutamanya musim cuti..bukan jumud atau kolot,tapi takut tak tertahan amarah melihat perlakuan 'rakan2' saya di sana. Tunggulah..satu hari nanti..Azam saya,budak2 di sana akan saya 'gegarkan','rombak' kembali pemikiran mereka. setiap perkara memerlukan strategi utntuk menjadikan ianya berjaya..itulah maksud saya.. AYUH! KLS 08
Antara KFC dan RFCFATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI : AGAR UMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA Ramai antara kita yang tidak sedar akan maslahat ini.Mungkin juga ramai yang tidak tahu.Atau,tahu tapi buat-buat tidak tahu. Sejumlah (lebik kurangla) USD 10 000 000 dihantar ke Israel,untuk membunuh umat Islam di Palestin,dalam sehari.Lebih 'menyeronokkan',duit-duit yang dihantar itu merupakan duit-duit kita,yang kita 'bayar' (seolah-olah) untuk membunuh adik beradik kita di Palestin melalui belian barang-barang difatwakan boikot! Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan,puncanya adalah daripada kurangnya perasaan sensitif dalam diri setiap umat Islam,yang berpunca daripada kurangnya ketaqwaan dan pegangan 'akidah dan tidak atau kurang bersifat ehsan (merasakan Allah melihatnya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan) dan sering mengikut dorongan hawa nafsu serta kurang kefahaman akan situasi ini. APA ITU PALESTIN? 1.Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) Di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin solat Subuh menghadap ke masjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid al-Haram. 2.Tanah Isra’ Mi’raj (Quran; 17:1) Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. 3.Kota Ketiga Yg Dimuliakan “Janganlah kamu berniat untuk bermusafir kecuali pada tiga masjid; Masjid al-Haram,Masjid al-Aqsa dan masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadith lain disebutkan : “Tanya para shahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibina di muka bumi, Ya Rasulallah? Jawab nabi SAW : Masjid al-Haram.Tanya Sahabat lagi : Kemudian di mana lagi? Jawab Rasulullah S.A.W : Masjid al-Aqsa.” (HR Muttafaq ‘alaih) 4.Bumi Para Nabi Allah SWT menyebutkan tentang masjid al-Haram tetapi tidak menyebutkan “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid al-Aqsa, DIA menyebut tentang “alladzi baarakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan Quran 21:71 tentang tempat Ibrahim dan Luth,tempat Bani Israil setelah Fir'aun ditenggelamkan pd Quran 7:137, Negeri Saba’ pada Quran 34:18, dan tempat Sulaiman pada Quran 21:81, tempat pengutusan Isa bin Maryam pada Quran 95:1 (lihat al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196). 5.Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman "Tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi,sehingga batu dan pohon-pohon akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi laknatullah,kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah) (1) Sumber dari Al-Quds Qadhiyyatu Kulli Muslim, Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, Cairo, Mesir. VS Ini masalah iman kita....Berkaitan hati kita....Macam-macam kaitannya,panjang kalau nak disyarahkan.Bukan mempromosi (walaupun secara tidak langsung),tetapi berkongsi. Saya cukup tertarik dengan info yang saya terima baru-baru ini,dan ianya sahih! *************************************************************************** KEMANAKAH HASIL KEUNTUNGAN HPA DISUMBANGKAN??? *********************************************************************************** Saya sudah...Anda bila lagi? *RFC = Radix Friend Chicken.Keluaran HPA (Herba Penawar Al-Wahida).100% Muslim World Economy Failure
Erti hidup pada memberi
Medic@CairoBangkit Dari Futur Yang PanjangJalan ini,yang kita pilih adalah jalan yang panjang,tersangat lama, Jalan yang kita lalui adalah jalan yang penuh liku,perit dan duka, Andai diri tidak ikhlas dan tidak sesabar mana, Silakan,Ahlan untuk memilih jalan yang anda suka. Seruan kita mengajak manusia, Mengharap hanya pada Yang Maha Esa, Ingatlah,bukan sia-sia, Janji Allah pasti tiba, Islam diangkat,dijulang di dunia. Hai puak penentang laknatullah, Nantikanlah sunnatullah, Diri ini akan setia bersama panji Allah, Takkan berhenti sehingga tertegakknya Daulah, Atau syahid fisabillah..Allah! 4 syawal 1429
Di Kala Syawal“Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kau akan mati. Cintailah sesiapa sahaja sepuas hatimu,tapi ingat kau pasti akan berpisah. Lakukanlah apa sahaja yang kau mahu,tapi ingat kau akan dibalas dengan yang selayaknya” ************* Baginda melihat suatu peluang yang tampaknya cerah. Mungkin inilah saat yang dinantikan oleh mereka yang 'selamat'. Barangkali destinasi ini bakal mengurai seksaan yang tidak pernah kunjung lepas dari pundak mereka. Kaum Penentang makin mengganas dan makin liar dalam usaha menghancurkan Dinullah. Agama Allah ini perlu diselamatkan.Jalannya, hijrah. Hendak diperangi, bilangan masih sedikit. Hendak kata tidak berani,ramai sudah yang bersiap-siaga untuk menghayun senjata. Namun, perintah Penguasa tetap dijunjung agung. Pemimpin ditaati sepenuhnya. Mungkin ini belum masanya lagi..... DI KALA BULAN SYAWAL,lebih 1400 tahun yang lampau.. Kaki di langkah ke arah bumi Taif,ditemani Zaid Bin Harithah.Kedua-duanya berjalan dengan hati yang penuh pengharapan.Tidak alpa kepada peluang yang ada,baginda menyeru kabilah yang disinggahi dan dilewati dalam perjalan ke Taif. Namun,tiada yang menyambut baik seruan baginda.Semuanya ditolak mentah-mentah.Tanpa kecewa,langkah baru terus diatur,menuju ke destinasi yang utama. Muhammad s.a.w mendampingi tiga beradik dari pimpinan bani Thaqif;Abdul Yalii, Mas’ud dan Habib,yang semuanya adalah anak kepada Umair al-Thaqafi. Sedih,amat sedih sekali.Jawapan yang selama ini dinanti tidak seindah yang diharapkan, sebaliknya menjadi tamparan hebat kepada usahanya. Bagi manusia biasa,sangat pedih untuk menerima jawapan yang sebegitu. Namun kerana dia itu kekasih sang Penguasa,Allah Rabbul Jalil,baginda mampu menghadapinya dengan penuh ketenangan sekelumit rasa marah,kesal apatah lagi kecewa. “Allah telah mengoyakkan tirai Kaabah jika engkau diutus sebagai nabi”, “Tak ada orang lainkah untuk diutus oleh Allah selain engkau” “Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih berbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta, maka tidak seharusnya bagiku menjawab persoalan itu.” Pelbagai caci makian yang lain diterima.Lantas Baginda dengan tenang bangkit dan meminta jasa mereka supaya tidak menghebohkan perbincangan itu. Selama 10 hari lamanya baginda menyeru penduduk Thaif untuk bertuhankan Allah yang Esa. Hasilnya memang menghampakan.Tiada seorang pembesar pun yang berjaya didakwah,sebaliknya mereka memperguna golongan yang lemah, amba-hamba dan orang yang kurang akalnya untuk memaki hamun Rasulullah s.a.w.Diperintah untuk berbaris di sepanjang jalan keluar Thaif dengan arahan untuk menghujani baginda dengan batu-batu. Lontaran demi lontarann.Lantas Zaid membentengkan badannya untuk melindungi Rasulullah. Namun baginda merana luka yang teruk sehingga darah melumuri kasut baginda.Hujanan batu tidak berhenti sehinggalah baginda berjaya berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah,anak-anak lelaki Rabi’ah yang jaraknya 3 batu dari Taif. Setelah berlindung di situ, akhirnya golongan budak nakal dan hamba tadi berpatah balik. Baginda bersandar di bawah pohon anggur dan berdoa munajat kepada Allah.Tertera rasa duka baginda dan rasa kesal kerana tiada siapa yang menyahut seruan dakwahnya: “Tuhanku kepada Dikau aku mengadu hal keletihan tenagaku,kekurangan helahku,kehinaanku di hadapan manusia,wahai Maha Penyayang Lagi Belas kasihan.Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif.Dikaulah Tuhanku,kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah?Apakah kepada orang yang jauh membenci daku,atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku,tidaklah kupeduli,namun afiat dari-Mu lebih luas bagiku.Aku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan,dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik,aku berlindung denganMu dari turunnya ke atasku kemurkaan-Mu,bagi Kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaan-Mu,tiada daya dan upaya kecuali daripada-Mu,Ya Tuhan.” Setelah diperhati oleh adik-beradik Rabi’ah,timbul rasa belas mereka lalu menyuruh seorang budak suruhan,Addas yang beragama Nasrani: “Ambil segugus anggur dan berikan kepada orang itu.” Apabila baginda menerimanya, baginda membaca ‘Bismillah’ lalu makan. Addas tercengang mendengar kalimah yang asing baginya.Tidak pernak disebut oleh penduduk kampung itu.Terbit rasa ingin tahu dalam dirinya,lalu dia berkata: “Saya berasal dari agama Nasrani dari kampung Ninawa.” Rasulullah s.a.w membalas: “Dari kampung lelaki soleh, Yunus Bin Matta itu?Beliau adalah saudara saya.Beliau adalah nabi dan aku juga adalah nabi.” Mendengar kenyataan yang amat benar itu,Addas pun memeluk kepala Rasulullah s.a.w dan mencium kedua-dua tangan dan kakinya. Tatkala anak-anak Rabi’ah melihat perlakuan hamba mereka,mereka berkata: “Nampak gayanya Addas telah dirosakkan.” Apabila Addas pulang kepada mereka,mereka pun bertanya: “Rosakkah engkau? Apa itu?” Addas menjawab bahawa tidak di atas muka bumi insan yang sebaik Rasulullah s.a.w. Baginda telah menceritakan hal-hal yang tidak diketahui orang kecuali barisan golongan nabi. Anak-anak Rabi’ah menjawab bahawa: “Jangan sampai kau keluar dari agama nenek moyangmu yang lebih baik dari agamanya.” Setelah itu,baginda berangkat pulang ke Mekah diselubungi perasaan duka.Setibanya baginda di perkampungan Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail a.s. bersama-sama malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat perintah baginda untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit Al-Akhsyabain.* (Hadith riwayat oleh Urwah Ibn Zubair bahawasanya,Aishah r.a berkata) Jawab Rasulullah: "....apa yang aku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun." Setelah hampir sampai ke Mekah, Zaid bertanya kepada Rasulullah, bagaimana baginda hendak masuk ke dalam Mekah. Baginda lalu menjawab: “Wahai Zaid, sesungguhnya Allah (s.w.t) telahpun memberi pertolongan dan jalan keluar, maka sesungguhnya Allah jualah menolong agama-Nya dan membantu nabi-Nya.” Mereka meneruskan perjalanan sehingga hampir sampai ke Mekah,singgah dan tinggal di Hira’dan baginda menghantar utusan untuk memperoleh perlindungan (suaka). Baginda menghantar utusan kepada kabilah Khuza’ah untuk menemui al-Akhnas bin Syuraiq tetapi ditolak kerana bersekutu dengan puak laknatullah.Baginda mengutus pula kepada Suhail bin ,juga ditolak.Diutus pula kepada Mut’am bin ‘Adi dan beliau,sanggup memberi suaka. Lalu diperintahkan kaumnya bersiap sedia menggalas senjata untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Baginda lalu masuk ke dalam Mekah dan solat sunat secara berjemaah di satu sudut Hajar Aswad lalu baginda pun beredar ke rumahnya. Pulangnya baginda bukan untuk membawa parut luka yang berbekas di jasad dan jiwa, sebaliknya baginda terus berusaha keras untuk menyampaikan risalah agung. Moral Cerita Suatu ujian yang berjaya dilepasi bakal menjadikan seseorang itu bertambah matang dan kental dalam menghadapi cabaran-cabaran dakwah terutamanya mereka yang mempunyai fikrah Islam.Ujian sememangnya dijadikan sebagai kayu pengukur iman kita Bermulalah Sudah Minggu Orientasi"Ramadhan bulan yang suci Padanya pelbagai limpahan rahmat dari Illahi"
Kepada sidang pembaca atau pelawat dan sebagainya,saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Berikan komitmen yang terbaik dalam 'musim orientasi' kita tahun ini, moga diterima oleh-NYA.
p/s: Ramai yang malas untuk bangun bersahur sedangkan padanya terkandung pelbagai hikmah.Tapi yang paling penting,sahur itulah yang membezakan puasa kita dengan puasa ahli kitab Yahudi dan Nasrani..Wallahu'alam. Ahlan YA RAMADHAN! Matang di PermatangCerita I Sepanjang-panjang lebuhraya PLUS, beberapa kilometer dari susur keluar ke Penanti, kenderaan berbagai jenis berderet-deret beratur. Kedua-dua belah jalan sebenarnya sudah penuh dengan kenderaan yang sudah diletakkan dan kenderaan yang masih tersekat dalam kesesakan. Entah berapa ramai manusia yang sudah melintasi divider lebuhraya pada hari itu. Pakcik-pakcik separuh abad berpimpinan tangan dengan cucu-cucu belum mumayiz. Ada juga makcik-makcik bertudung labuh berjalan rapat-rapat. Lebih-lebih lagi orang-orang muda. Datang bergerombolan dengan t-shirt sedondon. Lambang bulan ada, mata biru ada, lambang dacing pun ada. Berjalan ramai-ramai sambil mendabik dada yang terpampang wajah pemimpin tercinta. Semangat gila orang muda. Inilah. Langit hari itu kosong dari awan. Mudah sahaja melihat dua-tiga helikopter milik PDRM berlegar-legar makan angin di atas sana. Seawal jam 7.00 pagi manusia sudah mula membanjiri Permatang Pauh. Dari segenap penjuru negara,hari itu Permatang Pauh jadi tumpuan utama. Manusia dari seluruh lapisan hadir, dengan motif yang pelbagai sudah tentu. Yang penuh amarah politik di dada sudah lama menanti saat ini. Tak sabar ingin menghambur kata-kata provokasi berbaur makian kalau boleh. Yang suka jadi pemerhati tak sabar melihat riuh rendah mulut-mulut berbalah. Kalau ada pukul belasah lagi seronok. Dan yang berminda niaga, ahah, hari itu untung biasa bakal berlipat ganda. Tapak Institusi Perguruan Tengku Bainun memang besar. Sebuah astaka diapit padang seluas dua padang bola tampil gah di tengah-tengah. Di tengah-tengah astaka, kain rentang putih bertulis maklumat peristiwa hari itu memenuhi. Di belakang astaka, tempat letak kereta luas dipenuhi khemah-khemah khas untuk para pemimpin negara berehat santai sambil menjamu selera juga bergelak ketawa. Keseluruhan tapak ini, bahkan susur masuk ke tapak ini, sudah pun menjadi lautan manusia. Hanya sebidang tanah betul-betul di hadapan astaka dibiar kosong untuk pihak berkuasa. Sesak, memang sesak. Di mana-mana ada manusia. Dalam longkang,balik tembok,atas pokok,bilang sahaja,semuanya dipenuhi manusia. Kata mereka : Berhimpit-himpit pun tak mengapa,kita peluh sama-sama,kita lawan sama-sama,kita laung sama-sama,kita setia sama-sama,kita sokong sama-sama,kita serah seluruh kudrat kita hari ini! Demi angin perubahan yang menderu, dan laluan ke Putrajaya yang bakal menanti! Cerita 2 Saya sendiri tidak menyangka sebegitu sesak kenderaan. Tersangkut dalam kesesakan hampir 45 minit,walhal jaraknya tak sampai 5 km. Aduh, buang masa. Tiada niat pun sebenarnya untuk datang ke Permatang Pauh hari itu. Tapi sudah ikut menumpang kereta,terpaksa jugalah. Diminta pula untuk mengambil gambar suasana hari itu. Saya tak mampu menolak. Dengan beg kamera tersandang di bahu dan kamera berlensa 75-300mm,saya mengembara di tengah lautan manusia hari itu. Saya niatkan moga seharian di Permatang bakal menjernihkan lagi kematangan saya memahami erti sebenar faktor tarbiyyah dalam mengembalikan kewarasan umat. Di sepanjang jalan masuk ke tapak institusi, saya lihat manusia beratur panjang-panjang. Tangan bersilang membina benteng. Di tengah-tengah benteng manusia itu laluan. Untuk sesiapa sahaja yang ingin melalui jalan itu perlu menempuh laluan yang diapit benteng manusia itu. Bila parti mereka yang lalu,laungan sorakan kedengaran. Dan bila parti lawan yang lalu, kata-kata maki caci kutuk berhamburan,disisipkan dengan ludahan dua-tiga. Tak kurang juga yang disepak terajang juga diraba. Di luar pagar institusi,kumpulan biru dan hijau. Dalam pagar, kedua parti bertembung. Yang satu menayang-nayang punggung,dibalas yang satu lagi dengan kutuk maki. Yang satu menjelir-jelir lidah,dibalas yang satu lagi dengan lambaian tangan bersimbol lucah. Yang satu diberi topi dan air minuman, yang satu lagi menyarung kopiah identiti dan topeng muka pemimpin sanjungan.
Moral Cerita *post ini adalah berkecuali Buat dirikuDi kesempatan ini (bulan Rejab),saya ingin memohon ribuan maaf andai sepanjang saya bercoret di blog ini,menyinggung mana-mana pihak. Rebutlah semaksima mungkin kebaikan dalam 'persinggahan' kita kali ini. Belum tentu kita ada untuk hari esok,lusa dan kemudian. Moga diri ini terus Istiqamah dan Thabat(tetap) di atas Jalan-MU
Panadol untuk yang pening
*artikel dari brat-mikrajovic.blogspot
Rakyat Malaysia sangat ramai yang pening akhir-akhir ini. Ada yang baru terbuka mata. Ada juga yang terus menguap. Hakikatnya : Cetek sungguh faham kita dengan syariah. Hinggakan....kita sendiri tanpa kita sedari boleh tergolong dalam orang yang mengakui berita tanpa kepastian...atau mungkin juga fitnah belaka. Hanya dengan terdetiknya dalam hati kita walau sedikit setuju dengan mana-mana fitnah atau berita itu. Baca tulisan ini demi sedikit kejelasan dari kekaburan agama. Moga-moga Allah memelihara rakyat Malaysia dari keporak-porandaan hidup, dan kebenaran sejati menyingsing perlahan-lahan. InsyaAllah. *Post ini post berkecuali. Gambar sebagai hiasan bermakna* Look Into My EyesLook into my eyes Tell me what you see You don't see a damn thing 'Cause you can't relate to me You're blinded by our differences My life makes no sense to you I'm the persecuted one You're the red, white and blue Each day you wake in tranquility No fears to cross your eyes Each day I wake in gratitude Thanking God He let me rise You worry about your education And the bills you have to pay I worry about my vulnerable life And if I'll survive another day Your biggest fear is getting a ticket As you cruise your Cadillac My fear is that the tank that has just left Will turn around and come back Yet, do you know the truth of where your money goes? Do you let the media deceive your mind? Is this a truth nobody, nobody, nobody knows? Has our world gone all blind? Someone tell me ... Ooohh, let's not cry tonight I promise you one day it's through Ohh my brothers, Ohh my sisters Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more Ohh my brothers, Ohh my sisters See I've known terror for quite some time 57 years so cruel Terror breathes the air I breathe It's the checkpoint on my way to school Terror is the robbery of my land And the torture of my mother The imprisonment of my innocent father The bullet in my baby brother The bulldozers and the tanks The gases and the guns The bombs that fall outside my door All due to your funds You blame me for defending myself Against the ways of my enemies I'm terrorized in my own land (what?!) And I'm the terrorist? American , do you realize that the taxes that you pay Feed the forces that traumatize my every living day So if I won't be here tomorrow It's written in my fate May the future bring a brighter day The end of our wait
Jihad kejam?!
Islam adalah satu agama yang telah diutuskan Allah dengannya Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi sejak dulu lagi. Kemudian, Allah mengutuskan dengannya Nabi kita Muhamad s.a.w dan Allah telah menjadikan Islam untuk manusia hingga ke hari kiamat.
****************** Islam adalah satu agama yang mengatur kehidupan manusia serta perhubungannya dan mengarah mereka kepada risalah mereka di dunia agar mereka berbahagia di akhirat. Dan Islam adalah satu agama damai, aman, merdeka, dan adil. Islam adalah agama kecintaan, kasih sayang, tolong menolong dan imbang mengimbangi, ia menyuruh dengan segala yang baik dan melarang dari segala yang buruk. ***************** NAMUN! Allah juga telah menjadikan Jihad sebagai satu kewajipan penyudah ke atas orang-orang Islam sehinggalah hari kiamat, ia mendorong orang Islam supaya cinta kepada mati Syahid, serta meninggikan kedudukan para syuhada. Tanpa Jihad tidak berdirilah tunggak bagi agama ini, maka tersebarlah kebatilan serta meratalah kerosakan. Allah swt telah memerintahkan orang-orang Islam supaya bersiap sedia dengan kekuatan dengan firmannya: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui; sedangkan Allah mengetahuinya. (al Anfal: 60). Sebagaimana yang dikatakan orang: Sesungguhnya persediaan adalah sebaik-baik jalan ke arah keselamatan. Firman Allah Taala lagi: Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar. (an-Nisa': 74). Begitu juga Allah telah menjanjikan kepada mereka yang tidak berjuang dengan seburuk-buruk balasan. Jihad di jalan Islam adalah semulia-mulia tujuan. Juga, jalannya itu merupakan semulia-mulia jalan. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan pencerobohan. Adapun orang-orang Islam apabila mereka berperang, mereka tidak melampaui batas, mereka tidak menghancurkan, mereka tidak merosakkan (memotong) tumbuhan, tidak mencuri, tidak merampas harta benda, dan mereka juga tidak mencerobohi tempat-tempat larangan dan suci. Maka mereka dalam peperangan itu adalah sebaik-baik pejuang sebagaimana mereka juga dalam perdamaian mereka adalah sebaik-baik orang yang berdamai. Begitu juga, telah nyata larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, serta larangan daripada membunuh orang-orang yang cedera, menghina rahib-rahib dan orang-orang yang bertapa (ber'uzlah). Dan sesiapa yang tidak memerangi tentera Islam adalah selamat. Salahkah Jihad? Demi mempertahankan 'aqidah. Jika Jihad itu kejam(seperti kata 'mereka2'), bagaimana pula dengan serangan-serangan terhadap orang-orang awam (civilian), dan kekejaman yang telah 'mereka2' lakukan? Di antara kata-kata al Imam as-Syahid Hasan al-Banna dalam Risalah al Jihad di bawah tajuk,"Kenapa seorang Islam itu tidak berjuang" yang berbunyi: Allah mewajibkan Jihad ke atas orang-orang Islam bukanlah untuk membawa kepada pencerobohan, dan bukan juga satu cara untuk menyempurnakan tamak haloba individu, tetapi sebagai benteng pelindung untuk dakwah, serta jaminan untuk orang Islam, juga untuk menyempurnakan Risalah al Kubra (Risalah yang besar) yang dipikul bebannya oleh orang Islam iaitu risalah memimpin manusia kepada kebenaran dan keadilan. Dan Islam,meskipun mewajibkan peperangan,juga telah mengambil berat hal perdamaian. Sebagaimana firman Allah: Dan jika mereka bermaksud kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.. (al Anfal: 61). Begitu juga, al Imam asSyahid berkata pada penutup Risalah al Jihad ; Sesungguhnya ummat yang menyebabkan kematian dengan cara yang baik dan mengetahui bagaimana untuk mati dalam kematian yang mulia, Allah mengurniakan kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan yang abadi di akhirat. Tidak adalah al Wahan yang melemahkan kita yakni kecintaaan kepada dunia dan kebencian kepada mati. Maka persiapkanlah diri kamu untuk amal yang besar ini dan inginkanlah kepada kematian, nescaya akan diberikan kepadamu kehidupan. Dan ketahuilah kematian itu tidak dapat tidak daripadanya. Ianya (kematian) adalah sekali sahaja, jika kamu jadikannya pada jalan Allah jadilah ia keuntungan di dunia dan balasan pahala di akhirat. Tidaklah menimpa kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu. Maka ketahuilah, dengan kematian yang mulia itu kamu berjaya dengan kebahagian yang sempurna. Semoga Allah mengurniakan kepada kami dan kepadamu kemuliaan mati syahid di jalanNya. Ayuh syabab!Bangkitlah! Kenali "MEREKA" Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran Ayat Al-Quran ada menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti itu memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini. Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya . Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku". Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu . Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan. Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh . Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian. Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
Belajar dari bangsa Indonesia(Memang saya ini jarang benar menulis yang berat-berat. Saya lebih suka yang santai-santai sahaja. Tapi entah kenapa, kali ini saya rasa benar-benar perlu menulis sepuasnya. Jangan risau, baca sahaja sehingga ke hujung. Apa salahnya sekali-sekala kita berfikir,kan?)
Seperti juga yang saya nyatakan dalam tulisan saya yang terdahulu, sememangnya bagi setiap tempat dan suasana punya keadaan atau waqi' tersendiri. Di Malaysia dengan waqi'nya, dan di Indonesia juga dengan waqi'nya. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan. Jadi yang terbaik? Kita harus saling belajar dan mengajar, antara satu sama lain. Entah bagaimana beberapa hari yang lalu, saya terdengar satu penyampaian dari daie di Indonesia. Tidak, saya tidak berada di sana. Terima kasih kepada internet yang menghubungkan saya dan mereka. Ia hanyalah satu perkongsian umum, antara pemimpin dakwah di sana, dan dihadiri rata-ratanya pemuda dan belia Indonesia. Diberi tajuk "Kilas Balik 20 tahun Tarbiyyah di Indonesia",atau mungkin yang lebih kita fahami, "Pandang Semula 20 tahun Tarbiyyah di Indonesia". Kalau saya tidak silap,penyampainya samada almarhum KH. Rahmat Abdullah (di sana digelar syaikh tarbiyyah), atau mungkin juga Dr. Hidayat Nurwahid, salah seorang pemimpin dakwah di Indonesia ketika itu, dan masih lagi rasanya. Saya tidak punya kudrat untuk berkongsi semuanya panjang lebar di sini, dan memang rasanya, kurang sesuai isi-isinya. Mereka di sana sudah menempuh fasa yang lain dari fasa dakwah yang kita lalui di Malaysia. Yang akan saya kongsikan ialah pandangan dan cetusan peribadi saya sendiri, yang sememangnya sepanjang mendengar itu, bertambah-tambah rasa hormat saya kepada mereka yang berdakwah di Indonesia, dan rasa syukur mendengarkan pencapaian-pencapaian mereka. Saat saya mula mengenal erti Islam dan dakwah, baru saya tahu rupanya bangsa Indonesia ini bangsa yang luar biasa. Melalui kefahaman saya terhadap dakwah, baru saya sedar rupanya hebat lagi bangsa Indonesia ini dari bangsa-bangsa lain di Asia Tenggara ini. Hanya dengan menilai dengan neraca Islam dan dakwah, baru saya berkenalan dengan bangsa Indonesia yang sebenar. Saya kira, orang-orang seperti saya dahulu, juga memang tidak bersalah sepenuhnya. Kerana satu masa dahulu, sememangnya bangsa Indonesia satu bangsa yang langsung tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan selain masalah-masalah besar Negara yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Hanya 20 tahun kebelakangan ini, barulah bangsa Indonesia mula menempah kemuliaan. Ini yang saya faham dari apa yang saya dengar. Apa suisnya? Tidak lain tidak bukan : TARBIYYAH. Saya jadi penuh menghayati kata-kata Saidina Umar, ketika beliau berbaju dengan 12 tampalan, mengingatkan sahabat-sahabatnya : "Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam!" Bukan ini yang setepatnya berlaku kepada bangsa Indonesia? Awal 1980-an, golongan-golongan awal di sana mula mencetus dan menggerakkan dakwah Islamiah, dengan manhaj yang dirintis oleh Imam Hassan Al-Banna dan para mujtahid dakwah haraki yang lainnya. Saat ini seperti juga saat-saat yang dilalui mana-mana fasa awal dakwah : sulit yang amat. 20 tahun kemudian, tahun 2000-an. Bangsa Indonesia hampir seluruhnya telah mengetahui nilai kemuliaan sebenar yang ada dengan datangnya Islam. Tidak terkira banyaknya lembaga-lembaga masyarakat yang diasaskan dan dipimpin oleh orang-orang yang ditarbiyyah dengan Islam sebenar. Hanya dengan menilai kepesatan pengeluaran buku-buku Islam dan fikrah dan jumlah muslimah yang berhijab (walau mungkin dengan berbagai motif), kita dapat mengukur besar luasnya pengaruh fikrah yang satu masa dahulu hanya kelompok-kelompok kecil yang memahami dan memperjuangkannya tanpa lelah. Kini kelompok-kelompok kecil itu berselerak di merata wilayah di Indonesia. Itu yang saya faham dari apa yang saya dengar. Tentu, masalah-masalah bangsa masih ada, namun kita sendiri mampu mengukur dengan neraca Islam dan Dakwah, bagaimana mereka sememangnya telah mula menuai hasil-hasil tanaman mereka 20 tahun dahulu. Dan ya, mereka perlu teruskan lagi hingga ke hujung cita-cita. Mereka sudah sedikit sebanyak menterjemah kata-kata Umar r.a. Di akhir penyampaian tersebut, saya mula terfikir dan bersoal sendiri dalam kepala : Bagaimana kita bangsa Malaysia? Bila mungkin kita akan menjadi mulia kerana Islam? Cukupkah kerja tarbiyyah yang kita lakukan hari ini untuk mungkin satu masa nanti, kita juga perlahan-lahan dapat menuai hasilnya, dan para petani-petani lain merasa takjub dengan hasil tuaian kita? Biarpun tempohnya belum pasti, apa salahnya kita sentiasa bermuhasabah begini? Saya jarang berpesan (aduh..), tapi kali ini saya benar-benar rasa mahu berpesan. Bukan kepada sesiapa, tapi diri saya sendiri : Azam dan Kemahuan kita harus kuat. Sabar dan Tetap kita harus hebat. Bersungguh dan Disiplin kita harus ketat. Prinsip dan Fikrah kita harus tepat. ~Kata murabbi saya : 'Khair, InsyaAllah!'.:-) Impak maksima.Oleh BlogTheir role now is quite central, people can know many of the Muslim Brotherhood group news only from blogs. There is a host of MB bloggers nowadays as my colleague, and dear friend, Ibrahim Al-Hodeiby, who uses video posting in his blog in order to deliver his message to the MB youth, his successful work has created“ in my opinion” a positive state of interaction, productive discussion and thinking among the MB members, and specially the youth. Such interaction among MB youth never occurred in the nineties. “It’s worth mentioning”, Hossam says, “that the MB blogs and ikhwanweb website care much about tortures and violating human rights. We all benefit from their news about such cases and we are much affected by them.
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |