...melangkah jauh...

Papan Kenyataan Surau.

Selesai menunaikan solat rawatib,dia bergerak keluar,meninggalkan perkarangan masjid.
Menjadi kebiasaannya,dia akan ke papan kenyataan surau yang disediakan untuk membaca isu semasa atau mungkin beberapa tazkirah yang dipamerkan.Sedang dia sibuk meneliti satu persatu notis dengan sekilas lalu,akhirnya pandangannya tertumpu dan tertarik dengan sebuah artikel bergambar.





"Astagfirullah..",dia mengucap panjang setelah menyedari bahawa gambar tersebut merupakan gambar penghinaan terhadap pemimpinnya,kekasihnya dan sanjungannya,utusan Allah yang mulia,Nabi Muhammad s.a.w.Perasaannya bercampur baur.Antara marah dan sedih.Dan tanpa disedarinya,air matanya menitis.Menitis kerana terkenangkan betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya.Betapa tidak senang hatinya Baginda terhadap nasib umatnya di masa kini sehinggakan lafaz "ummati!..ummati!..ummati!".. tidak lekang daripada mulut Baginda.Dan akhirnya,beginikah balasan ummatnya terhadap Baginda s.a.w?

"Apa berita baru hari ini...?" sapaan seorang rakannya,pemuda 20-an membantutkan sebentar emosinya..Dia hanya berdiam,membiarkan pemuda tersebut membaca.Diam sahaja pemuda tersebut.. Kemudian dia bersuara,dengan nada yang cukup bersemangat,"tak guna punya kafir!siap kau aku belasah nanti!"..MasyaAllah,kagum sungguh dia dengan semangat pemuda tersebut.Terdetik dihatinya jika semua umat Islam sepertinya,pasti Islam sedang dijulang tinggi sekarang..

Dan tiba-tiba...

"Jom pergi ke konsert..Siti Nur Halimah malam ni.."ajak pemuda tersebut.

Bagaikan dipanah petir,dirinya tersentak.Membiarkan sahaja ajakan rakannya itu tanpa kata putus."Mana pergi semangatnya yang berkobar-kobar tadi?",getus hatinya.Tak terdaya pula dia untuk meluahkan rasa hatinya itu.

"Kau nak pergi ke tak...?Kau tau tak kes penghinaan Siti Nur Halimah hari tu kat internet?Ada pihak yang menggunakan muka Siti untuk buat zina,siap rakam lagi tuu! Bengang betul aku!Nak jadikan cerita,kebetulan 'member' aku tau sape yang buat tu..Aku ape lagi,aku ajak "'geng-geng' aku,pergi belasah budak tu,sampai lumat!Puas hati aku!Suka-suka hati dia je nak burukkan nama 'kekasih' aku!Huh!",panjang lebar pemuda tersebut bersyarah dengannya.Hatinya bertambah sayu.Dengan tabah,dia menolak ajakan rakannya itu dan "pemuda harapan agama,bangsa dan negara" tersebut terus berlalu pergi.
Sedih sungguh hatinya.Pemuda tersebut,baru beberapa minit,mungkin tidak sampai seminit memaki hamun mereka yang menghina junjungan besar,boleh melupakannya begitu sahaja! Tanpa tindakan..Tanpa kesedaran yang hakiki..

Melupakan ingatannya terhadap junjungan besar,Muhammad s.a.w yang mengislahkan dia atau mungkin ibu bapanya atau mungkin datuk neneknya atau mungkin moyangnya atau lebih tinggi dari itu, dan ingatannya itu digantikan dengan artis Melayu paling popular di tanah air yang tidak memberi apa-apa sumbang bakti kepadanya samaada harta mahupun kebahagian. Malah,menuntut duit dia untuk membeli albumnya agar semuanya laris terjual!

Ya Allah,yang membolak-balikkan hati ,tetapkan hatiku di atas jalanMu,kurniakan kepada mereka yang tidak mengerti hidayahMu",spontan hatinya berdoa dengan penuh pengharapan.


Tidak akan sesekali orang yahudi dan nasrani reda ke atas kamu(umat Islam) sehingga kamu mengikuti mereka…(ila akhiril ayah)”
(al-Quran;2:120)



Imbasan Diri

Di suatu pagi yang hening tetapi hangat(pilihanraya),tiga beranak muslim duduk menjamah sarapan,sekadar beralaskan perut dengan roti yang masih panas dan aksesori-aksesorinya yang lain.Dengan penuh kesyukuran,suapan demi suapan mereka masukkan ke dalam mulut mereka.Niatnya agar makanan tersebut dapat menjadi asbab kepada kekuatan mereka sehari-hari agar dapat terus menyumbang bakti di jalan Allah.

Selesai makan.mereka-mereka ini bertebaran dan bermusafir,melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap manusia dan terhadap Allah.Dalam kembara singkat mereka itu,pelbagai dugaan berkunjung,membebani mereka dari segenap aspek;luaran mahupun dalaman.Namun dalam tabah,perjalanan itu diteruskan juga demiNYA dan kerana teringatkan firman Allah:

Adakah kamu mengira Kami akan memasukkan kamu ke dalam syurga sedangkan kamu belum lagi diuji sebagaimana orang sebelum kamu?




Sedang disuatu kawasan yang lain,tiga beranak juga,sibuk melakukan perihal yang sama seperti situasi yang pertama.Bezanya niat mereka.Niat mereka yang ini mengharapkan kekenyangan,kesenangan dan kenikmatan sementara semata-mata.Yang bakal pergi atau 'ditarik' begitu sahaja oleh Yang Maha Kuasa.Kehidupan mereka sehari-hari hanyalah diabdikan untuk dunia.Mereka juga muslim.Mereka juga bersembahyang,berpuasa dan tuntasnya,hampir kesemua Rukun Islam telah dipenuhinya.Luaran mereka cukup perfect! Dalaman?Wallahu'alam.

Adakah punya sifat Ihsan(merasakan Allah melihat kita) dalam setiap perkara yang mereka lakukan?Wallahu'alam..

**********

Situasi manakah kita?

......

Anda Siapa...?

Aduh!!Cukup sedih!-Tatkala saya melontarkan pertanyaan kepada "mereka" tentang tokoh-tokoh Islam yang cukup hebat pada suatu masa dahulu(kini dan selamanya);yang nama mereka sering dijadikan sebutan,akhlak mereka menjadi ikutan dan semangat mereka acapkali dijadikan contoh oleh "barisan-barisan" yang memahami erti hidup yang sebenar,hanya sebilangan kecil dari "mereka" mengenalinya.



Lebih menyedihkan!-Tatkala saya mengajukan soalan mengenai "tokoh-tokoh" penyanyi,artis yang paling dipuja(atau diva),boleh dikatakan majoriti daripada "mereka" cukup arif,kenal gila(gila-tawkid) mengenai diri mereka.Serba-serbi!


Tak perlulah saya mengulas panjang mengenainya.Pokoknya,tepuk dada,ketuk iman,tanya diri.Sejauh mana keimanan,ketaatan dan ketaqwaan kita kepada Allah?.Saya cukup malu untuk berpesan(memandangkan ilmu yang tidak seberapa),demi Islam,saya gagahkan jua.
"Sibukkanlah diri kamu dengan kesibukan menuju ke jalan Allah"

Dengan penuh kehinaan,saya ingin berkongsi lagi dengan anda,mengenai sesuatu hakikat yang tidak pernah diambil tahu oleh mereka yang tahu,atau hakikat yang cuba diambil tahu oleh mereka yang tidak tahu atau yang cuba dibuat tidak tahu oleh mereka yang tahu.Saya cuba menyampaikan dengan semudah-mudah tulisan untuk memudahkan anda memahaminya.



Sesungguhnya umat manusia,khususnya umat Islam berada dalam keadaan berdosa,dan dosa yang paling besar sedang ditanggung oleh umat Islam ialah dosa kerana tidak tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini.Dosa kerana tidak wujudnya sebuah Daulah Islamiyyah(kerajaan Islam) yang benar-benar melaksanakan suruhan Allah,yang meletakkan Al-Quraan dan As-sunnah sebagai perlembagaan mereka yang utama.Ketahuilah sekalian pembaca,dosa ini hanya akan gugur apabila kita "bergembira"."Bergembira" kerana tertegaknya sebuah Daulah Islamiyyah,"bergembira" kerana tertegaknya agama Allah yang suci.
Justeru,apakah gerak kerja yang telah kita lakukan untuk mencapai misi?
Apakah cukup sekadar menunaikan solat,puasa dan sebagainya mampu mencapai misi tersebut?
Apakah cukup sekadar keluar bekerja di awal pagi mencari nafkah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang "pendidik" mampu memimpin kita ke arah misi tersebut?


Benar!,kita punya tanggungjawab dengan Allah,kita juga punya tanggungjawab terhadap manusia.Resolusinya,berpesan-pesanlah ke arah kebaikan dan cegahlah kemungkaran.Resolusi lain?Manusia di zaman modenisasi ini,akal mereka cukup mantap.Saya optimis,anda mampu memikirkan gerak langkah anda untuk mencapai misi.Berikan partisipasi yang semaksima mungkin dalam memperjuangkan agama Allah.


Sedikit gambaran atau klu yang boleh anda contohi melalui kata-kata tokoh yang tidak asing dalam kalangan mereka yang memperjuangkan agama Allah;As-Syahid Hasan Al-Banna.



Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya.Justeru dia berseru:Sembahyangku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam,tiada yang mempersekutuiNYA.Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya,anda pula siapa?


Bangkitlah wahai muslimin dari lenamu!Tugas kita masih belum selesai...