Imbasan Diri

Di suatu pagi yang hening tetapi hangat(pilihanraya),tiga beranak muslim duduk menjamah sarapan,sekadar beralaskan perut dengan roti yang masih panas dan aksesori-aksesorinya yang lain.Dengan penuh kesyukuran,suapan demi suapan mereka masukkan ke dalam mulut mereka.Niatnya agar makanan tersebut dapat menjadi asbab kepada kekuatan mereka sehari-hari agar dapat terus menyumbang bakti di jalan Allah.

Selesai makan.mereka-mereka ini bertebaran dan bermusafir,melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap manusia dan terhadap Allah.Dalam kembara singkat mereka itu,pelbagai dugaan berkunjung,membebani mereka dari segenap aspek;luaran mahupun dalaman.Namun dalam tabah,perjalanan itu diteruskan juga demiNYA dan kerana teringatkan firman Allah:

Adakah kamu mengira Kami akan memasukkan kamu ke dalam syurga sedangkan kamu belum lagi diuji sebagaimana orang sebelum kamu?




Sedang disuatu kawasan yang lain,tiga beranak juga,sibuk melakukan perihal yang sama seperti situasi yang pertama.Bezanya niat mereka.Niat mereka yang ini mengharapkan kekenyangan,kesenangan dan kenikmatan sementara semata-mata.Yang bakal pergi atau 'ditarik' begitu sahaja oleh Yang Maha Kuasa.Kehidupan mereka sehari-hari hanyalah diabdikan untuk dunia.Mereka juga muslim.Mereka juga bersembahyang,berpuasa dan tuntasnya,hampir kesemua Rukun Islam telah dipenuhinya.Luaran mereka cukup perfect! Dalaman?Wallahu'alam.

Adakah punya sifat Ihsan(merasakan Allah melihat kita) dalam setiap perkara yang mereka lakukan?Wallahu'alam..

**********

Situasi manakah kita?

......