Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Papan Kenyataan Surau.Selesai menunaikan solat rawatib,dia bergerak keluar,meninggalkan perkarangan masjid. Menjadi kebiasaannya,dia akan ke papan kenyataan surau yang disediakan untuk membaca isu semasa atau mungkin beberapa tazkirah yang dipamerkan.Sedang dia sibuk meneliti satu persatu notis dengan sekilas lalu,akhirnya pandangannya tertumpu dan tertarik dengan sebuah artikel bergambar. "Astagfirullah..",dia mengucap panjang setelah menyedari bahawa gambar tersebut merupakan gambar penghinaan terhadap pemimpinnya,kekasihnya dan sanjungannya,utusan Allah yang mulia,Nabi Muhammad s.a.w.Perasaannya bercampur baur.Antara marah dan sedih.Dan tanpa disedarinya,air matanya menitis.Menitis kerana terkenangkan betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya.Betapa tidak senang hatinya Baginda terhadap nasib umatnya di masa kini sehinggakan lafaz "ummati!..ummati!..ummati!".. tidak lekang daripada mulut Baginda.Dan akhirnya,beginikah balasan ummatnya terhadap Baginda s.a.w? "Apa berita baru hari ini...?" sapaan seorang rakannya,pemuda 20-an membantutkan sebentar emosinya..Dia hanya berdiam,membiarkan pemuda tersebut membaca.Diam sahaja pemuda tersebut.. Kemudian dia bersuara,dengan nada yang cukup bersemangat,"tak guna punya kafir!siap kau aku belasah nanti!"..MasyaAllah,kagum sungguh dia dengan semangat pemuda tersebut.Terdetik dihatinya jika semua umat Islam sepertinya,pasti Islam sedang dijulang tinggi sekarang.. Dan tiba-tiba... "Jom pergi ke konsert..Siti Nur Halimah malam ni.."ajak pemuda tersebut. Bagaikan dipanah petir,dirinya tersentak.Membiarkan sahaja ajakan rakannya itu tanpa kata putus."Mana pergi semangatnya yang berkobar-kobar tadi?",getus hatinya.Tak terdaya pula dia untuk meluahkan rasa hatinya itu. "Kau nak pergi ke tak...?Kau tau tak kes penghinaan Siti Nur Halimah hari tu kat internet?Ada pihak yang menggunakan muka Siti untuk buat zina,siap rakam lagi tuu! Bengang betul aku!Nak jadikan cerita,kebetulan 'member' aku tau sape yang buat tu..Aku ape lagi,aku ajak "'geng-geng' aku,pergi belasah budak tu,sampai lumat!Puas hati aku!Suka-suka hati dia je nak burukkan nama 'kekasih' aku!Huh!",panjang lebar pemuda tersebut bersyarah dengannya.Hatinya bertambah sayu.Dengan tabah,dia menolak ajakan rakannya itu dan "pemuda harapan agama,bangsa dan negara" tersebut terus berlalu pergi. Sedih sungguh hatinya.Pemuda tersebut,baru beberapa minit,mungkin tidak sampai seminit memaki hamun mereka yang menghina junjungan besar,boleh melupakannya begitu sahaja! Tanpa tindakan..Tanpa kesedaran yang hakiki.. Melupakan ingatannya terhadap junjungan besar,Muhammad s.a.w yang mengislahkan dia atau mungkin ibu bapanya atau mungkin datuk neneknya atau mungkin moyangnya atau lebih tinggi dari itu, dan ingatannya itu digantikan dengan artis Melayu paling popular di tanah air yang tidak memberi apa-apa sumbang bakti kepadanya samaada harta mahupun kebahagian. Malah,menuntut duit dia untuk membeli albumnya agar semuanya laris terjual! Ya Allah,yang membolak-balikkan hati ,tetapkan hatiku di atas jalanMu,kurniakan kepada mereka yang tidak mengerti hidayahMu",spontan hatinya berdoa dengan penuh pengharapan. Tidak akan sesekali orang yahudi dan nasrani reda ke atas kamu(umat Islam) sehingga kamu mengikuti mereka…(ila akhiril ayah)” (al-Quran;2:120)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |