Anda Siapa...?

Aduh!!Cukup sedih!-Tatkala saya melontarkan pertanyaan kepada "mereka" tentang tokoh-tokoh Islam yang cukup hebat pada suatu masa dahulu(kini dan selamanya);yang nama mereka sering dijadikan sebutan,akhlak mereka menjadi ikutan dan semangat mereka acapkali dijadikan contoh oleh "barisan-barisan" yang memahami erti hidup yang sebenar,hanya sebilangan kecil dari "mereka" mengenalinya.



Lebih menyedihkan!-Tatkala saya mengajukan soalan mengenai "tokoh-tokoh" penyanyi,artis yang paling dipuja(atau diva),boleh dikatakan majoriti daripada "mereka" cukup arif,kenal gila(gila-tawkid) mengenai diri mereka.Serba-serbi!


Tak perlulah saya mengulas panjang mengenainya.Pokoknya,tepuk dada,ketuk iman,tanya diri.Sejauh mana keimanan,ketaatan dan ketaqwaan kita kepada Allah?.Saya cukup malu untuk berpesan(memandangkan ilmu yang tidak seberapa),demi Islam,saya gagahkan jua.
"Sibukkanlah diri kamu dengan kesibukan menuju ke jalan Allah"

Dengan penuh kehinaan,saya ingin berkongsi lagi dengan anda,mengenai sesuatu hakikat yang tidak pernah diambil tahu oleh mereka yang tahu,atau hakikat yang cuba diambil tahu oleh mereka yang tidak tahu atau yang cuba dibuat tidak tahu oleh mereka yang tahu.Saya cuba menyampaikan dengan semudah-mudah tulisan untuk memudahkan anda memahaminya.



Sesungguhnya umat manusia,khususnya umat Islam berada dalam keadaan berdosa,dan dosa yang paling besar sedang ditanggung oleh umat Islam ialah dosa kerana tidak tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini.Dosa kerana tidak wujudnya sebuah Daulah Islamiyyah(kerajaan Islam) yang benar-benar melaksanakan suruhan Allah,yang meletakkan Al-Quraan dan As-sunnah sebagai perlembagaan mereka yang utama.Ketahuilah sekalian pembaca,dosa ini hanya akan gugur apabila kita "bergembira"."Bergembira" kerana tertegaknya sebuah Daulah Islamiyyah,"bergembira" kerana tertegaknya agama Allah yang suci.
Justeru,apakah gerak kerja yang telah kita lakukan untuk mencapai misi?
Apakah cukup sekadar menunaikan solat,puasa dan sebagainya mampu mencapai misi tersebut?
Apakah cukup sekadar keluar bekerja di awal pagi mencari nafkah bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang "pendidik" mampu memimpin kita ke arah misi tersebut?


Benar!,kita punya tanggungjawab dengan Allah,kita juga punya tanggungjawab terhadap manusia.Resolusinya,berpesan-pesanlah ke arah kebaikan dan cegahlah kemungkaran.Resolusi lain?Manusia di zaman modenisasi ini,akal mereka cukup mantap.Saya optimis,anda mampu memikirkan gerak langkah anda untuk mencapai misi.Berikan partisipasi yang semaksima mungkin dalam memperjuangkan agama Allah.


Sedikit gambaran atau klu yang boleh anda contohi melalui kata-kata tokoh yang tidak asing dalam kalangan mereka yang memperjuangkan agama Allah;As-Syahid Hasan Al-Banna.



Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya.Justeru dia berseru:Sembahyangku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam,tiada yang mempersekutuiNYA.Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya,anda pula siapa?


Bangkitlah wahai muslimin dari lenamu!Tugas kita masih belum selesai...