Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
catatan hujung KLIBF
Pulang dari PWTC selepas maghrib.
Duduk sahaja dalam komuter mengurut-urut lutut yang longgar. Kali ke berapa, lupa. Tapi yang pasti sudah beberapa kali ke sana. Rutin yang sama setiap kali. Meronda-ronda sambil membuat nota dalam kepala, kemudian terus sahaja membeli. Jangan lupa ambil kira prioriti, juga keadaan poket. Pesta buku tak mungkin akan sunyi dari orang-orang seperti saya. Datang dengan tujuan dan pulang dengan beberapa plastik berbaloi di tangan. Juga pesta buku tak mungkin sunyi dari pelajar-pelajar sekolah kebangsaan berbaju putih berbondong-bondong turun dari bas lalu beratur panjang di gerai bahan-bahan picisan berupa majalah kecil dan besar termuat penuh gambar-gambar harmoni lelaki dan wanita tanpa hubungan sah berpeluk jua sambil tersenyum tambah dengan yang sewaktu dengannya yang datang dari sebelah sana dunia (baca : barat), juga yang menjual novel 'pop-popan'(kata penulis kritis Faisal) bertajuk indah berisi tiada, lalu pulang dengan hati berbunga-bunga. Itulah masalahnya. * * * * * Habis lenguh leher membaca beratus-ratus judul buku. (Karya siapakah ini? 53 jilid. Sungguh saya takjub.) Tak mengapalah, tak dapat beli, baca tajuk pun boleh puas hati. Paling tidak tahu juga masyarakat kita gemar buku yang bagaimana. "Tapi kenapa buku-buku di sini takde orang beli ya encik?" "Oh memang. Buku-buku sini orang macam awak saja yang minat tengok. Itupun awak tengok tajuk saja." "Eh, pandai perli orang." "Err Ok. Sudah, kalau yang orang suka, mana tempatnya?" "Awaklah tengok sendiri. Tu, sana tu." "Itulah masalahnya." ~catatan pesta buku 2008 di PWTC. 4-13 April 2008. Khairul Anuar rakan saya exhibitor di sana.~ (catatan ulas daripada www.brat-mikrajovic.com) AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |