Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Faham & TahuMasih ingat isi kandungan post saya yang sebelum ni?Faham,Mahu & Mampu. Saya teringat akan 1 artikel kawan saya,tentang beberapa perkataan yang tampak sama,tetapi berbeza.Ada saya tuliskan dalam post yang lepas,faham dan tahu. Begini-lah. Saya ulang semula.Ada yang pening kepala pula nanti. Ada beberapa perkataan yang tampak sama dari segi penggunaan,namun hakikatnya ia mempunyai maksud yang berbeza.Walaupun berbeza sedikit,tapi ada juga kesannya terhadap maksud ayat yang dikeluarkan. CONTOH 1: DIAM - SENYAP Ini sebuah kisah sewaktu saya di sekolah. Selepas loceng dibunyikan,semua pelajar pulang ke asrama.Kejadiannya berlaku semasa di dalam tandas.Seorang pelajar sedang bernasyid di dalam tandas,dakwah pada syaitan (agaknya la).Lalu seorang senior yang berada di luar tandas menjerit "woi, senyap la!!".Pelajar itu lalu menyanyi dengan suara yang sangat perlahan.Senior itu masih tidak berpuas hati. "woi!.orang suruh senyap la wei!!".Pelajar yang tadinya menyanyi lalu menjawab "ni tengah senyap la ni.Bukannya bising pun.".Terdiam si senior.Dengan malu bercampur ego,dia mengubah kata-katanya. "OK.Tolong diam!" Bila saya buka kamus dewan edisi ke 3, saya fahami. Senyap lawannya bising. Diam lawannya bersuara. kan? CONTOH 2: TAHU - FAHAM Yang ini memang jelas sekali bezanya.Dengar baik2. Orang yang tahu tak semestinya faham dan orang yang faham selalunya tahu. Orang yang berpengeTAHUan dan orang yang punyai keFAHAMan,nyata berbeza.Jika saya beritahu seorang kanak-kanak bahawasanya 4+4=8,maka budak itu akan tahu, "empat tambah empat sama dengan lapan".Namun dia tidak akan tahu jika 4+2=6.Kerana saya tidak bagitahu padanya dan apa yang lebih penting,kerana dia belum faham konsep tambah dalam matematik. ********* Orang yang faham bahawasanya dia adalah hamba Allah,sentiasa diperhatikan oleh Allah,baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat,tentunya tidak akan melakukan maksiat pada Allah.Jika terlanjur,pastinya segera bertaubat.Dirinya pasti tidak senang duduk memikirkan dosa,lantas melakukan banyak lagi amalan sunat,moga dapat menutup dosa-dosanya. Orang yang faham bahawasanya Muhammad bin 'Abdullah itu adalah nabinya,kekasihnya (yang pipinya pernah dimasuki besi tajam,bibirnya pernah luka,giginya patah dan pernah dilontar batu sehingga menitis darahnya memenuhi capalnya,lalu ditadah dengan tangannya agar darah sucinya itu tidak jatuh ke atas bumi yang akan menyebabkan kemurkaan Allah ke atas mereka yang melakukannya,kekasihnya disaat sakaratul maut,masih lagi memikirkan tentang dirinya dan saudaranya yang lain,mendoakan agar dirinya tidak merasa peritnya sakaratul maut seperti mana yang dia alami),yang sanggup berkorban kerananya,tidak akan mensia-siakan pengorbanan kekasihnya itu.Dia akan sentiasa mengingati Baginda S.A.W,dimana sahaja,mengamalkan sunnahnya,mengerjakan suruhannya dan meninggalkan apa yang Baginda tidak suka. Orang yang tahu pula adalah orang yang tiap-tiap tahun akan turut serta berarak sempena Maulidur Rasul,kemudian pulang ke rumah,melakukan perlakuan seperti memusuhi Rasul.Umpamanya tidak mengambil kisah akan nasib saudara di Gaza,Palestin. Orang yang tahu juga ialah orang pergi ke cybercafe untuk melayari internet mencari maklumat terkini mengenai nasib saudara umat Islam di Gaza.Setiap hari dia mengemas kini maklumat terbaru. Adapun orang yang faham,selain mengemaskini maklumat terkini mengenai saudara mereka di Gaza,mereka juga tahu peranan mereka.Lantas membantu dengan memboikot,beramal dan memberikan kefahaman kepada mereka yang belum faham.. Saya menulis ini bukan bererti saya seorang yang faham atau berlagak faham. Cuma ingin berkongsi apa yang saya faham. Zaman kini,sudah ramai yang berpengetahuan.Cuma kurang yang berkefahaman. Aduh!Isu Palestin semakin senyap. Ayuh.bangkit! AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |