Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Oh Malaysia! siri-2
Macam-macam pendapat.Pelbagai tafsiran. Sememangnya umat-umat yang terdahulu memanggil tuhan dengan panggilan Allah.Jadi,tidak ada salah untuk mereka menggunakan panggilan tersebut.Cumanya,jika lihat situasi masyarakat hari ini khususnya di Malaysia,umpama masyarakat jahiliyyah yang lampau.Islam hanya pada nama. Bagaimanakah pula dengan nasib masyarakat akan datang?. Penggunaan Allah sudah menjadi sebati dalam kalangan rakyat Malaysia,khas untuk tuhan orang Islam.Apabila penggunaan ini dijadikan terbuka untuk semua agama,pastinya akan ada kekeliruan.Jika kelak,Bible dibenarkan untuk dicetak dalam bahasa Malaysia di Malaysia,apa akan jadi pada kefahaman dan 'aqidah generasi baru? Trinity dalam Bible bakal disebut Allah. Tuhan dalam Al-Quran juga disebut Allah. Masyarakat akan kepeningan,mana satu yang betul?Dua-dua Allah,tapi lain isi kandungannya. Wajar juga jika difikirkan tentang tindakan menteri di Malaysia untuk mewajibkan tulisan "kitab kristian" dalam kitab yang menggunakan nama Allah setelah membenarkan penggunaan perkataan tersebut. Tapi pokoknya,kita wahai sahabat,perlu bergerak dengan lebih laju.Usaha kita perlu dilipat gandakan.Ramai lagi umat manusia yang kebingungan tentang Islam.Mereka ini perlu kita berikan kefahaman dan bimbingan. Sekadar perkongsian.Kehidupan bermasyarakat ini umpama satu bulatan yang mempunyai 3 lapisan. Lapisan yang paling dalam atau Nucleus adalah kita,para da'ie. Lapisan yang kedua adalah anak murid kita,mad'u. dan Lapisan yang terakhir adalah masyarakat. Penambahan bilangan da'ie akan menyebabkan penambahan bilangan mad'u dalam masyarakat,sekaligus mengurangkan bilangan masyarakat yang bermasalah. Atau kesimpulannya,fasadnya masyarakat adalah kerana para pendakwah tidak berkerja.Hanya segelintir yang berkerja. Ini adalah ujian Allah untuk mereka yang berkerja pada jalan-NYA. Terus-lah bekerja hai da'ie supaya seluruh bulatan tersebut berubah menjadi kalian. Saya dapat.Saya kongsi.
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |