Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Pendirian Saya.Isu PPSMI. Bantahan demi bantahan. Saya pun tidak pasti berapa lama lagi isu ini akan bertahan. Tapi,ini-lah pendirian saya. Kalau saya masih ingat,punca utama kenapa sistem PPSMI ini dilaksanakan,adalah kerana ingin menanamkan elemen Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.Kelemahan bangsa Melayu terhadap penguasaan Bahasa Inggeris menjadi kebimbangan sesetengah pihak dalam negara yang ingin bersaing di peringkat antarabangsa. Dengan sistem komunikasi yang dikuasai barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama,sudah tentu penguasaan Bahasa Inggeris akan dilihat mampu memberikan kelebihan kepada rakyat Malaysia.Akhirnya,rakyat Malaysia bukan saja akan mampu bersaing di peringkat antarabangsa malah akan dipandang tinggi oleh pihak barat. Mungkin kenyataan ini ada kebenarannya? Hari ini,saya sempat untuk meninjau beberapa pandangan tokoh-tokoh termuka. Saya 'tersangkut' sebentar di sebuah web yang perlu saya rahsiakan (buat masa ini). Tulisannya berbunyi seperti ini : Namun beberapa hari lepas saya ada mendengar temuramah dengan Tun Pandangan Tun ini menarik. Selama ini kita sedia maklum,bagaimana Tun telah berusaha bersungguh-sungguh selama 22 tahun untuk menaikkan ekonomi orang Melayu.Tun Mahathir,semasa itu,beranggapan bahawa dengan kemajuan ekonomi,akan dapat melonjakkkan bangsa Melayu di mata dunia.Projek pembentukan sahsiah diberikan penekanan yang sangat minima malah hampir “negligible”. Namun usaha ini jelas menampakkan kegagalan.Jika diteliti komen-komen para penganalisis ekonomi negara,keengganan para pelabur asing datang ke Malaysia,antara puncanya ialah kerana mereka tidak yakin dengan ketelusan pihak kerajaan dalam mengendalikan projek-projek mega.Sikap mengambil komisen dan campurtangan politik di dalam memberikan projek kepada syarikat-syarikat yang tidak layak yang mengecewakan mereka. Ringkasnya, integriti kerajaan tidak diyakini. Pandangan ini juga secara tidak langsung,menjadi sebuah pengakuan Tun Mahathir,bahawa penguasaan bahasa inggeris bukan lagi menjadi penentu utama bangsa Melayu dihormati oleh bangsa asing.Sebaliknya kemantapan sahsiah-lah yang akan melonjakkan bangsa Melayu.Jika sahsiah ini benar-benar dapat dibentuk,ia akan memberikan imej yang menonjol kepada dunia. Dunia akan memandang bahawa orang Melayu merupakan satu kaum yang sangat disiplin,amanah dan berintegriti. Tahun 1997,krisis ekonomi di Malaysia. Penglibatan saya dalam forum di sekolah sedikit sebanyak membantu saya memahami isu-isu di Malaysia,khususnya isu mata wang,krisis ekonomi yang berlaku pada tahun tersebut,1997. Tun Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan ketika Malaysia sedang menghadapi kemelesetan ekonomi dan kejatuhan matawang,bahawa “jika kita tidak mampu untuk bermain dengan barat,maka kita jangan masuk permainan mereka”. Tun Mahathir telah laksanakan “pegging” iaitu kadar pertukaran wang ringgit. Pendekatan ini telah diakui oleh barat sebagai satu pendekatan terbaik dalam menangani krisis matawang hingga menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang tidak bergantung kepada Tabung Wang Antarabangsa (IMF). Menggunakan pendekatan yang sama,pihak kerajaan seharusnya melihat pembentukan sahsiah sebagai agenda yang mesti diberikan keutamaan untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Orang Melayu harus bersaing dengan pendekatan ekonomi dan teknologi kerana ia suatu tuntutan dalam Islam.Akan tetapi,pengutamaannya adalah pada penerapan secara efektif nilai-nilai murni seperti disiplin,amanah,rajin,berdikari dalam kalangan orang-orang Melayu,bermula dibangku sekolah lagi.Pihak kerajaan mesti memberikan penilaian semula keberkesanan perlaksanaannya sistem pembelajaran agama di sekolah-sekolah supaya generasi yang lahir nanti mampu menghayati nilai-nilai murni ini. Sejarah kejatuhan Khalifah Otmaniah bukanlah kerana umat Islam lemah dari segi ekonomi atau teknologi,tetapi umat Islam lemah apabila tidak lagi berpegang kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang mulia. Ini-lah pendirian saya. Maaf kerana sedikit 'berjela' pandangannya. Akui yang baik,koreksi yang buruk.
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |