Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Hebahan-Bersamamu PalestinAnjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Ikatan Muslimin Malaysia (Seremban) Aman Palestin Berhad *Ayuh!
Isra' Mikraj & PalestinNabi menaiki burak,diangkat ke langit,melihat pelbagai jenis manusia di akhirat kelak dan akhirnya menerima suruhan mengerjakan solat. Kisah2 itu yang sering berkitar setiap kali hadirnya Isra' Mikraj. Kali ini,saya nak 'switch' sedikit. Mengenai Palestin dan kaitannya dengan Mikraj nabi. Apa kaitannya? Nabi memulakan Mikrajnya dari Baitul Maqdis. Tidak cukup berkait? Itu,adalah 1 dari pelbagai sebab,kemuliaan Palestin. 1 Perkongsian,sebuah kajian merumuskan bahawa setiap sesuatu 'alam' atau 'kawasan' itu,ada pintu2nya.Dan untuk ke langit,pintunya adalah di atas Baitul Maqdis.Sejauh mana kesahihannya,Wallahu'alam. Jika anda dan saya orang yang beriman,cukup-lah al-Quran da hadis sebagai rujukan. Tidak perlu rasanya untuk mendapatkan keputusan saintifik terlebih dahulu,baru mahu beriman sepenuh hati. Mikrajnya nabi untuk mendapat suruhan yang mulia dari Allah. Suruhan menunaikan solat. Justeru,keterlaluan-kah untuk saya katakan Baitul Maqdis itu sebuah tempat yang sangat istimewa dan mulia bagi umat Islam? Namun,masih ada sebahagian muslim yang mempersoalkan masalah Palestin Mereka bertanya: "Mengapa kita perlu mengambil berat apa yang terjadi di Gaza?Bukankah di negara kita sendiri masih banyak masalah? Lebih baik kita urus negara kita sahaja.Soal Palestin,biarkan sahaja diuruskan oleh orang lain.Kita urus urusan kita sahaja-lah...!!!" Benarkah sikap seperti ini? Ingat-lah, "Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dalam golongan mereka." (HR Thabrani) Ambil-lah pengajaran dari peristiwa Isra' Mikraj nabi.Kembali-lah hayati Islam sepenuhnya,penuhi-lah masjid dan surau dengan solat berjemaah,banteras-lah kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran,dan utamakan-lah balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia.Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki. Berusaha-lah menjadi seorang yang soleh dan solehah. “Jika ada di sana seorang yang soleh, kamu akan dapati pada dirinya faktor-faktor kejayaan Islam” [Hasan Al-Banna]. Selamat Menyambut Isra' Mikraj Syed Anas Al-Habshi
Benar & Luar BiasaPernah suatu ketika dulu,saya menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Cukup-lah saya solat,belajar agama,menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun apa yang saya ketahui sebenarnya sangat-lah terbatas). Anggapan saya,menjadi orang yang di tengah2 atau biasa ini-lah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". Solat.Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.Kurang2,seminggu sekali! BIASA! Tudung.Tutup rambut atau sebahagian.Tudung sekarang cukup unik!Macam main lilit wayar kat leher! BIASA!
Cuma..... Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar? Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka.Tetapi,perlu diingat,bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah,tiada yang lain! Ingat juga,apa yang menjadi kebiasaan kini,tidak semuanya adalah betul.Usah segan untuk menuntut ilmu,membuang kejahilan dalam diri.Usah segan juga untuk bertanya pada ustaz2 atau ustazah2 hal2 yang dikhuatiri kesahihannya. Jangan segan untuk bertudung.Jangan segan untuk menutup aurat ketika bersukan.Jangan segan juga untuk berusaha mencari pekerjaan yang halal,tanpa riba'. Bukan-kah seronok menjadi orang yang dipandang berbeza oleh masyarakat? Berbeza daripada mereka2 yang biasa! Jadi,masih mahu menjadi yang biasa2? Saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi.Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar,jalan yang Haq,jalan yang Putih,jalan yang ke Syurga. Saya sangat berharap anda juga begitu.Jadi,kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa anda di syurga,mahu-kah? Dan jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling anda..Saya pasti mereka juga mahu ke sana.Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya..
Jemput-lah ke laman web Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) I www.pembina.com.my I Antara wadah,untuk menjadi yang luar biasa.
Testing2..Subhanallah.Alhamdulillah.AllahuAkbar. Cubaan.Cubaan.Cubaan.(cubaan komputer je..) "Part Timer Needed" Tiba2 rasa berminat dan terpanggil.Hari ini adalah harinya.Hari bermulanya training. Hari yang sama,bermulanya kelas Tasmi' Al-Quran. Belajar.Belajar membahagikan masa.Juga belajar bersungguh dalam semua perkara. Doakan berjaya dan thabat. InsyaAllah. CC UKC II -ManaraSeven Corporations (M) Sdn.Bhd.- Ikatan Muslim
Metro Bas No. 12,2 Julai 2009
(Pelajar2 sekolah rendah pulang ke rumah)
"Eh awak,ada tempat duduk kosong-lah..Awak duduk-lah." "A'ah la..Tak apa-lah,awak duduk-lah..Awak lagi penat dari saya." "Eh2..tak-lah.Saya tak penat pun.Awak duduk-lah." "Taknak2,awak-lah duduk." (Dialog yang sama berulang2.Hampir 2-3 minit) Akhirnya... "okey2,kita 'o-som' nak?..siapa menang,dia kena duduk.setuju?" "Haa..Okey2.." Maka berjalan-lah aktiviti tersebut.Sehingga.. "Ha..Awak lagi dua nak menang.Kalau awak menang,awak kena duduk tau!" "Ala,tak nak-lah.Awak-lah duduk.Saya kuat je ni..hehe.." "Saya pun tak nak juga.." "Kalau macam tu,kita dua berdiri jela..ok?" "Ha'ah..setuju2. "Duduk sama2,diri sama2." Dan seorang nenek tua menaiki bas. Lantas dipelawa oleh mereka untuk duduk di situ.. Akhirnya,kedua-dua daripada mereka,kekal berdiri hingga tiba ke destinasi mereka. ^_^ Kanak2 sudah pandai menghargai kawan mereka. Apatah lagi kita. Sesama Islam. "Ukhuwwah fillah abadan abada" Coretan khas buat ikhwah PPM Perlis,Kedah,Terengganu,Kelantan,Perak,Selangor,KL,Johor,Pahang. @Nur Laman Bestari,Ulu Yam. 1-4 Julai 2009 Uhibbukum Fillah Basic ThingTersebut-lah kisah,yang biasa didengar. Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya,akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya.Si syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika datangnya waktu magrib,temannya itu masih tidak solat juga,maka syaitan nampak mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya tampak seolah-olah dia sedang mengingat-ingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan menjadi sangat panik.Dia rupanya tidak boleh menahan diri lagi,dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya,iaitu ketika disuruh sujud pada Adam.Itu pun telah dilaknat oleh Allah,apalagi engkau yang hari ini sahaja aku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya.Tidak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!",kata syaitan sambil berlalu pergi.Wallahu'alam. ^CFS IIUM PJ,Mahallah 'Aishah a.k.a Umar Khattab II,310^ Solat,Rukun Islam ke-2 selepas Syahadatain.Islamkah kita jika tidak menunaikan solat? Muslim-kah? Memadai-kah kita dengan hanya berzikir? Berpuasa? Sedang meninggalkan satu daripada 5 solat itu sahaja besar murkanya di sisi Allah.Tidak perlu tunggu untuk menjadi baik baru rasakan perlu solat.Anda yang teruk,hisap rokok,minum arak tetapi menunaikan solat 5 waktu sehari semalaman adalah lebih baik dari mereka yang baik tetapi tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalaman. Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Tidak bersolat,tidak layak digelar muslim. Khas buat ex-roomate saya yang baik hati,berbudi pekerti dan bijak serta beriman.Moga hidayah Allah mengetuk pintu hatinya.Bersembahyang-lah akh. Juga umtuk rakan2 Islam,usah berhenti dan berputus asa atau memandang rendah pada mereka.Berusaha dan terus berusaha untuk membawa mereka mencari hidayah.
Langgan:
Catatan (Atom)
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |