Ikatan Muslim

Metro Bas No. 12,2 Julai 2009
(Pelajar2 sekolah rendah pulang ke rumah)

"Eh awak,ada tempat duduk kosong-lah..Awak duduk-lah."
"A'ah la..Tak apa-lah,awak duduk-lah..Awak lagi penat dari saya."
"Eh2..tak-lah.Saya tak penat pun.Awak duduk-lah."
"Taknak2,awak-lah duduk."

(Dialog yang sama berulang2.Hampir 2-3 minit)
Akhirnya...

"okey2,kita 'o-som' nak?..siapa menang,dia kena duduk.setuju?"
"Haa..Okey2.."

Maka berjalan-lah aktiviti tersebut.Sehingga..

"Ha..Awak lagi dua nak menang.Kalau awak menang,awak kena duduk tau!"
"Ala,tak nak-lah.Awak-lah duduk.Saya kuat je ni..hehe.."
"Saya pun tak nak juga.."
"Kalau macam tu,kita dua berdiri jela..ok?"
"Ha'ah..setuju2.
"Duduk sama2,diri sama2."

Dan seorang nenek tua menaiki bas.
Lantas dipelawa oleh mereka untuk duduk di situ..
Akhirnya,kedua-dua daripada mereka,kekal berdiri hingga tiba ke destinasi mereka.
^_^
Kanak2 sudah pandai menghargai kawan mereka.
Apatah lagi kita.
Sesama Islam.
"Ukhuwwah fillah abadan abada"

Coretan khas buat ikhwah PPM
Perlis,Kedah,Terengganu,Kelantan,Perak,Selangor,KL,Johor,Pahang.
@Nur Laman Bestari,Ulu Yam.
1-4 Julai 2009

Uhibbukum Fillah