Basic Thing


Tersebut-lah kisah,yang biasa didengar.

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya,akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya.Si syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika datangnya waktu magrib,temannya itu masih tidak solat juga,maka syaitan nampak mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya tampak seolah-olah dia sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan menjadi sangat panik.Dia rupanya tidak boleh menahan diri lagi,dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya,iaitu ketika disuruh sujud pada Adam.Itu pun telah dilaknat oleh Allah,apalagi engkau yang hari ini sahaja aku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya.Tidak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!",kata syaitan sambil berlalu pergi.Wallahu'alam.

^CFS IIUM PJ,Mahallah 'Aishah a.k.a Umar Khattab II,310^

Solat,Rukun Islam ke-2 selepas Syahadatain.Islamkah kita jika tidak menunaikan solat? Muslim-kah? Memadai-kah kita dengan hanya berzikir? Berpuasa? Sedang meninggalkan satu daripada 5 solat itu sahaja besar murkanya di sisi Allah.Tidak perlu tunggu untuk menjadi baik baru rasakan perlu solat.Anda yang teruk,hisap rokok,minum arak tetapi menunaikan solat 5 waktu sehari semalaman adalah lebih baik dari mereka yang baik tetapi tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalaman.

Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Tidak bersolat,tidak layak digelar muslim.

Khas buat ex-roomate saya yang baik hati,berbudi pekerti dan bijak serta beriman.Moga hidayah Allah mengetuk pintu hatinya.Bersembahyang-lah akh.

Juga umtuk rakan2 Islam,usah berhenti dan berputus asa atau memandang rendah pada mereka.Berusaha dan terus berusaha untuk membawa mereka mencari hidayah.