Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Benar & Luar BiasaPernah suatu ketika dulu,saya menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Cukup-lah saya solat,belajar agama,menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun apa yang saya ketahui sebenarnya sangat-lah terbatas). Anggapan saya,menjadi orang yang di tengah2 atau biasa ini-lah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". Solat.Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.Kurang2,seminggu sekali! BIASA! Tudung.Tutup rambut atau sebahagian.Tudung sekarang cukup unik!Macam main lilit wayar kat leher! BIASA!
Cuma..... Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar? Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka.Tetapi,perlu diingat,bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah,tiada yang lain! Ingat juga,apa yang menjadi kebiasaan kini,tidak semuanya adalah betul.Usah segan untuk menuntut ilmu,membuang kejahilan dalam diri.Usah segan juga untuk bertanya pada ustaz2 atau ustazah2 hal2 yang dikhuatiri kesahihannya. Jangan segan untuk bertudung.Jangan segan untuk menutup aurat ketika bersukan.Jangan segan juga untuk berusaha mencari pekerjaan yang halal,tanpa riba'. Bukan-kah seronok menjadi orang yang dipandang berbeza oleh masyarakat? Berbeza daripada mereka2 yang biasa! Jadi,masih mahu menjadi yang biasa2? Saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi.Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar,jalan yang Haq,jalan yang Putih,jalan yang ke Syurga. Saya sangat berharap anda juga begitu.Jadi,kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa anda di syurga,mahu-kah? Dan jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling anda..Saya pasti mereka juga mahu ke sana.Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya..
Jemput-lah ke laman web Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) I www.pembina.com.my I Antara wadah,untuk menjadi yang luar biasa.
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |