Seusai mengulang kaji dan membaca bahan bacaan,saya bersiap untuk ke masjid. Berwudhu' dan memakai wangi-wangi. Mengangkat takbir dengan penuh 'sifat kehambaan' dan Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang 'enak'.Bau hanyir ikan di dalam masjid.
Apa selepas Ramadhan? Setelah bermujahadah sebulan,mampukah kita untuk terus beramal seperti di bulan Ramadhan?
16th September 2010
0 comment
Sudahkah kita bersedia menyambut ketibaan Ramadhan Yang Mulia?
29th July 2010
0 comment
Semua dari kita punya minat,bakat dan hobi tersendiri yang Allah kurniakan. Kumpul setem,kumpul tiket bas,bergambar,bervideo dll. Dan Allah tidak kurniakannya hanya untuk disia-siakan,diabaikan Manfaatkan potensi,bakat,keistimewaan dan kelebihan untuk agama,diri dan umat.
10th July 2010
0 comments
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah." (HR. Bukhari).
2nd May 2010
2 comment
Isra' Mikraj & PalestinNabi menaiki burak,diangkat ke langit,melihat pelbagai jenis manusia di akhirat kelak dan akhirnya menerima suruhan mengerjakan solat. Kisah2 itu yang sering berkitar setiap kali hadirnya Isra' Mikraj. Kali ini,saya nak 'switch' sedikit. Mengenai Palestin dan kaitannya dengan Mikraj nabi. Apa kaitannya? Nabi memulakan Mikrajnya dari Baitul Maqdis. Tidak cukup berkait? Itu,adalah 1 dari pelbagai sebab,kemuliaan Palestin. 1 Perkongsian,sebuah kajian merumuskan bahawa setiap sesuatu 'alam' atau 'kawasan' itu,ada pintu2nya.Dan untuk ke langit,pintunya adalah di atas Baitul Maqdis.Sejauh mana kesahihannya,Wallahu'alam. Jika anda dan saya orang yang beriman,cukup-lah al-Quran da hadis sebagai rujukan. Tidak perlu rasanya untuk mendapatkan keputusan saintifik terlebih dahulu,baru mahu beriman sepenuh hati. Mikrajnya nabi untuk mendapat suruhan yang mulia dari Allah. Suruhan menunaikan solat. Justeru,keterlaluan-kah untuk saya katakan Baitul Maqdis itu sebuah tempat yang sangat istimewa dan mulia bagi umat Islam? Namun,masih ada sebahagian muslim yang mempersoalkan masalah Palestin Mereka bertanya: "Mengapa kita perlu mengambil berat apa yang terjadi di Gaza?Bukankah di negara kita sendiri masih banyak masalah? Lebih baik kita urus negara kita sahaja.Soal Palestin,biarkan sahaja diuruskan oleh orang lain.Kita urus urusan kita sahaja-lah...!!!" Benarkah sikap seperti ini? Ingat-lah, "Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk dalam golongan mereka." (HR Thabrani) Ambil-lah pengajaran dari peristiwa Isra' Mikraj nabi.Kembali-lah hayati Islam sepenuhnya,penuhi-lah masjid dan surau dengan solat berjemaah,banteras-lah kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran,dan utamakan-lah balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia.Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki. Berusaha-lah menjadi seorang yang soleh dan solehah. “Jika ada di sana seorang yang soleh, kamu akan dapati pada dirinya faktor-faktor kejayaan Islam” [Hasan Al-Banna]. Selamat Menyambut Isra' Mikraj Syed Anas Al-Habshi
AnaIkhwan
Open TalkTwitter UpdatesFollowerMuslimin SolidarityPalestine Info |