Belajar dari Macrophage (Histeocytes)

بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله اوله واخره


Menarik tak tajuk artikel kali ini?
Sekadar mahu beringan-ringan setelah beberapa artikel yang berat.


Macrophage (Histeocytes).Ada sesetengah Profesor Doktor (Pensyarah) mengejanya dengan Histiocytes.Tidak penting pun ejaan nya,sebutan lebih kurang sahaja.Tapi,sengaja saya mengambil Histeocytes kerana guru saya mengajar demikian.Sengaja memuliakan ilmu guru saya.





Macrophage ini adalah salah satu sel (atau cell dalam bahasa Inggeris) yang membina Connective Tissue.Sekadar ilmu tambahan untuk sidang pembaca yang mengambil jurusan tidak berkait dengan sains dan sebagai ulang kaji untuk sidang pembaca yang mengambil sains,Connective Tissue ini berbeza dengan Tissue2 yang lain kerana ianya terdiri daripada Cells,Fibers dan Matrix.Dan Cell Macrophage atau Histeocytes,adalah antara cell utama dalam Connective Tissue.


Betulkan saya jika salah.Microphage ini dahulunya dispesifikasikan atau dikumpulankan dalam kumpulan Connective Tissue.Akan tetapi,dengan kecanggihan teknologi dan semangat manusia untuk mengkaji,Macrophage ini lantas ditemui sebagai salah satu sistem pertahanan dalam badan kita.Jadi,Histeocytes ini sekarang diklasifikasikan sebagai Phagocytic System.Disimpulkan,tugas Histeocytes adalah sebagai Phagocytosis dan Antigens presentation.
Dah habis rasanya mukaddimah untuk artikel ini.


Panjang jugak intro nya. =)
Sebab isi pentingnya,sedikit sahaja.
Saya diingatkan tentang sesuatu perkara hari ini.Yang kadang2,saya sendiri terlupa,walaupun sudah mengetahuinya.
Saya belajar dari cara Histeocytes ini bekerja.


Histeocytes fuse each other to form large multinucleated cell (Foreign Body Giant Cell) to engulf large foreign bodies.
Histeocytes ini akan bergabung sesama mereka untuk membentuk sebuah cell yang kuat,untuk melawan bendasing2 (yang tidak baik).


Pikirin2 ya,sahabat2 ku.
Allah kurniakan satu contoh yang terbaik buat hamba-NYA.
Usah lihat contoh yang jauh2,lihat sahaja pada sistem badan sendiri.
Kata Profesor saya,"Ini-lah yang perlu ada dalam setiap individu Muslim".
Sekadar sebuah Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan rakan2.
Akui yang Baik,Koreksi aja yang Buruknya.


Rujuk-lah pada laman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Histeocytes.