Buka minda sejenak




Bertahun-tahun lamanya kita dikhabarkan tentang penindasan rakyat Palestin.
Hanya beberapa bulan yang lepas,kesengsaraan saudara Islam di Ughyur kian disedari.
Dan cuma beberapa hari yang lepas,pengumuman kemungkinan pengharaman pembinaan menara masjid di Switzerland telah diputuskan oleh Majlis Eropah.
Terfikir sejenak di fikiran dan hati saya.Mampukah saya,sidang pembaca,mahupun barisan pimpinan negara,menjamin keamanan dan kemakmuran negara kita,Malaysia untuk 50 tahun yang akan datang?
Saya jadi terpaku,terdiam sejenak.







Khabar dari saudara saya,masjid Al-Mukarramah,Bandar Sri Damansara sudah kian dinafikan haknya.Penduduk kelilingnya yang majoriti terdiri daripada kaum Cina mula mencari inisiatif supaya masjid itu di'hapuskan'.Antara aduan mereka,azan subuh mengganggu tidur mereka.
Beberapa ketika dahulu,ada juga kedengaran rungutan daripada non-muslim tentang speaker masjid yang mengganggu ketenteraman penduduk.


Seorang penulis artikel, Ibrahim Isa, menulis di kolumnya di akhbar harian Ad-Dustur (Edisi 6 Disember 2009) tentang isu pembinaan menara masjid di Switzerland. Antara persoalan yang dilontarkan beliau ialah : "Adakah terdapat mana-mana dalil atau arahan dari Al-Quran atau As-Sunnah bahawa setiap masjid perlu mempunyai menara?" "Adakah penggunaan mikrofon merupakan syarat sah solat?"
Dan juga persoalan ini : "Mengapa larangan pembinaan menara gereja di Mesir tidak ditentang masyarakat sebagaimana penentangan ke atas larangan pembinaan menara masjid di Switzerland?"

Mari,kita duduk sebentar.Bertenang dan berfikir sejenak,melalui akal dan mata hati serta iman.

Bukan isu menara,speaker mahupun mikrofon itu yang patut menjadi kebimbangan saya dan seluruh umat Islam di dunia.Apa yang patut dan perlu dibimbangkan ialah,apakah yang bakal berlaku selepas ini..?Bagaimana pula cara kita mencegahnya?

kata kuncinya;
PERPADUAN & KESATUAN UMMAH

Ruang lingkup perbincangan saya hanyalah khusus untuk negara tercinta,Malaysia.
Keberadaan saya di luar negara,sedikit sebanyak menyebabkan saya kurang mengetahui masalah negara dan isu semasa yang berlaku di sana.
Namun begitu,sempat juga saya untuk membuka laman2 berita,memilih isu2 yang dirasakan menarik.Betulkan saya jika saya salah,isu yang sedang hangat di Malaysia sekarang adalah isu doa Tuan Guru Nik Aziz.Betul?
Dan sebelum keberangkatan saya ke sini,pelbagai isu telah saya dengar,amati dan akhirnya saya simpulkan,apa yang bakal berlaku ialah,Malaysia berpotensi besar untuk dijajah buat kali kedua!
Boleh jadi dalam tempoh lebih kurang 10 tahun akan datang.

Sesama Islam,kita membenci,mengutuk dan menghina.Jujurnya,umat Islam di Malaysia kurang kesatuan,kurang perpaduan.Bahkan mungkin disedari sendiri oleh para pemikir Islam di seluruh dunia.Sedangkan kita adalah bersaudara,meskipun memiliki ideologi,pemikiran dan pemahaman politik yang berbeza.

Sengaja saya membincangkan hal ini,khusus untuk rakan saya yang bertanya.
Beliau meminta pandangan saya mengenai mereka yang berdemonstrasi membantah tindakan atau doa Tuan Guru Nik Aziz terhadap kepimpinan kerajaan.
Tentunya tindakan Tuan Guru Nik Aziz itu mempunyai hujahnya yang tersendiri,yang berkemungkinan tidak difahami oleh mereka yang biasa (sokong Tuan Guru hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan),khususnya mereka yang pro-kerajaan.Lantas,yang tidak memahami khususnya di pihak satu lagi turun menyatakan bantahan mereka,kerana secara fitrahnya,manusia mana yang tidak terasa apabila diri mereka didoakan binasa.
Cumanya,saya mahu mengajak seluruh sidang pembaca ber'ihsan' dalam setiap tindak-tanduk kita.Memandang muslim yang lain dengan penuh kasih sayang.Menghormati muslim yang lain,walaupun mereka mempunyai pemahaman yang sedikit berbeza dengan kita.Semuanya kerana merasakan Allah melihat setiap tingkah laku kita.
Apakah bezanya mereka yang menghina dan mencaci kita sekiranya kita turut membalas hinaan dan caci makian yang dilemparkan?

Kita adalah Islam.Kita adalah Melayu.
Saya berbangga dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu,yang sedari kecil dididik dengan adat2 orang Melayu yang merupakan adab2 dalam Islam.Saya berbangga kerana apabila disebut sahaja bangsa Melayu,orang akan terbayang segala yang baik2.Saya sangat berbangga apabila bangsa Melayu adalah bangsa yang kuat berpegang pada ajaran Islam.Dan pada hari ini,saya merasakan yang saya mempunyai sifat Asobiyyah terhadap bangsa saya,bangsa Melayu.
Ya,Asobiyyah!Sifat Asobiyyah yang disarankan oleh Rasulullah.

حدثني علي بن حمشاد العدل ، أنبأ أبو مسلم إبراهيم بن عبد الله ، أن معقل بن مالك حدثهم قال :
ثنا الهيثم بن حماد ، عن ثابت ، عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
” حب العرب إيمان وبغضهم نفاق “.

Ringkasannya:
Rasulullah s.a.w. bersabda (dengan sanad yang disebutkan): “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan..”
Imam Al-Hakim berkata:
هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه
Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.


Justeru,mengapa perlu kita bergaduh sedangkan terbentang pelbagai cara untuk mengatasi pergeseran.
Kerana kelak,yang ruginya adalah kita sendiri.Bercakaran sesama puak,lantas puak yang lain mengambil kesempatan.
Saya berkata demikian kerana majoritinya umat Melayu di Malaysia adalah beragama Islam.Dan dipandangan saya,Islam ini bakal lebih mudah ditegakkan dengan bersatunya seluruh umat Melayu di Malaysia.Bersatunya umat Islam di Malaysia kerana masing2 memiliki sikap Asobiyyah terhadap bangsa dan agama mereka yang satu.







Tulisan saya ini bukan dan tidak pernah terlintas untuk menyalahkan mana2 pejuang yang bercita2 untuk memakmurkan Malaysia dengan syi'ar Allah.Cuma mahu membuka mata semua rakan2 yang membaca,bahawasanya tindak tanduk kita pada hari ini memberi kesan pada generasi akan datang.


Usah merasa selesa dengan kemakmuran yang sedikit dan baru seketika di negara kita sedangkan tamadun Islam Turki Uthmaniyyah yang bertapak selama lebih 300 tahun di muka bumi ini,akhirnya jatuh dan tumbang di tangan kafir laknatullah.
Segalanya impak dari perpaduan dan kesatuan umat Islam,yang lahir dari sikap Asobiyyah.


Sebagai pengakhirannya,saya memetik ulasan Ibnu Khaldun mengenai Asobiyyah yang saya sebutkan :



” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.


Oh ya!
Baru2 ini,Mufti KL bertandang ke Rumah Anak  Negeri KL di Hayyu Sabie'.
Beliau ada mengulas tentang Asobiyyah ini.Rujuk sini