Palestinkini.info

Rakyat Palestin adalah umat yang dikepung di setiap sudut sempadan negara mereka dan hidup dalam serba kekurangan kerana sekatan yang dikenakan sejak mereka memilih HAMAS sebagai pemerintah yang sah dalam pilihanraya yang lalu. Sumber makanan, air, ubat-ubatan dan senjata adalah melalui terowong-terowong rahsia yang merupakan saluran hayat mereka. Berbekalkan sumber hidup yang terhad ini, rakyat Palestin masih mampu menggagalkan hasrat Yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain daripada terus menjajah bumi Al-Aqsa.

Kini musuh-musuh Islam berusaha untuk meningkatkan penindasan terhadap umat Palestin dengan menyekat dan memusnahkan terowong-terowong rahsia bawah tanah yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar. Kerajaan Mesir tunduk dengan arahan Zionis dan musuh-musuh Islam supaya membina tembok bawah tanah sedalam 18-30 meter di sempadan Gaza-Mesir bagi mengukuhkan lagi sekatan ke atas Palestin. 

Tidak cukup Tebing Barat di timur Palestin diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan Tembok Apartheid oleh kerajaan Israel, kini Semenanjung Gaza di barat Palestin pula akan diasingkan daripada dunia luar melalui pembinaan tembok pemisah bawah tanah oleh kerajaan Mesir sendiri. Tindakan-tindakan ini tidak lain bertujuan untuk melemahkan tekad umat Islam di Palestin dengan menghalang sebarang bantuan dan bekalan daripada sampai ke sana, supaya mereka akhirnya tunduk kepada kehendak Zionis dan musuh-musuh Islam.




Arghh!
Malu!
Marah!
Geram!


Aku yakin bantuan Allah itu akan sampai kepada mereka.
Aku yakin kemenangan itu tetap menjadi milik mereka.
Aku yakin mereka akan terus setia mempertahankan maruah diri,negara dan agama mereka.
Tapi,apakah aku harus terus membiarkan mereka?


Aku terkilan.
Dimana aku ketika mereka bergelut sendirian?
Dimana bantuan & doa yang patut ku kirimkan?
Bagaimanakah kelak aku di hadapan Allah Rabbul Jalil untuk memberi jawapan?


Aku sangat terkilan.
Kerana aku tinggal bersebelahan.
Tapi,tiada apa yang mampu ku berikan.


Syed Anas,bila-lah nak sedar..
Haish..!
Sekarang,insha Allah..!